Perintah tunduk pandangan, bukan bererti wanita boleh buka aurat

Oleh Nazri Abu Bakar  Konsep maruah sangat dititikberatkan dalam hubungan lelaki dan wanita hingga Islam menetapkan hukum menutup aurat termasuk antara mahram atau sesama jantina, selain memerintahkan orang beriman untuk menundukkan pandangan. Penetapan hukum sedemikian berasaskan manusia secara fitrahnya memiliki nafsu hingga pasti akan terpancing dan terdorong untuk melihat aurat individu terutama berlainan jantina. Malah, ada … Teruskan membaca

Sempurnakan tuntutan tutup aurat raih keberkatan hidup

Oleh Rafiuddin Bin Mohd Yusof Di sebalik pendidikan agama yang antara lain menekankan kepentingan menutup aurat sudah diterapkan sejak kecil di negara ini, masih ramai dalam kalangan umat Islam meremehkan kepentingan aurat atau mengikutnya sekadar memenuhi syarat untuk dilihat masyarakat bahawa mereka sudah berbuat demikian. Menutup aurat hakikatnya menjadi antara kewajipan perlu dilaksanakan setiap orang beriman … Teruskan membaca

Dedah kisah rumah tangga di media sosial, undang fitnah

Oleh Latifah Arifin Kisah pergolakan rumahtangga semakin mengungguli carian paling popular di internet terutama media sosial. Malah, bukan hanya konflik rumahtangga selebriti, kisah masyarakat umum turut mendapat perhatian. Ada memuat naik status mengenai kecurangan pasangan, membuat ‘live’ di platform media sosial untuk meluahkan perasaaan, malah ada memuat naik bukti kesalahan suami atau isteri dengan alasan ia … Teruskan membaca

Rejab bulan pembebasan Palestin

  “Di antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW … Teruskan membaca

Janji ALLAH tentang kehancuran pengganas Yahudi

Tulisan Abu Haseef Jika 2002 kita telah digemparkan dengan berita Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush menandatangani perundangan penuh kontroversi yang memerlukan pentadbirannya mengiktiraf Baitulmaqdis dan bukannya Tel Aviv sebagai ibu negara haram Israel. Perbuatan Bush ini pada hakikatnya hanyalah untuk menyampaikan hasrat orang-orang Yahudi Israel untuk merampas kembali Baitul Maqdis daripada milik umat Islam Palestin … Teruskan membaca

Yahudi bukan bangsa terpilih

Oleh Hafizah Iszahanid KEGANASAN Israel terhadap Palestin sejak awal abad ke-19, tidak berkesudahan disebabkan sokongan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) hingga masyarakat dunia seakan-akan tidak boleh bersuara menentang regim Zionis itu. Sebarang tindakan mengkritik Israel atau Yahudi dituduh sebagai anti-Semitik, iaitu diskriminasi terhadap bangsa itu seperti yang kita saksikan pada keputusan Jawatankuasa Paralimpik … Teruskan membaca

Jawapan Prof Dr As Sayyid Muhammad Al Maliki tentang Maulidurrasul s.a.w

http://madinatulilmi.com Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di belahan dunia islam, kaum muslimin merayakan Maulid, Kelahiran Nabi Muhammad Saw dengan cara dan adat yang mungkin beraneka ragam dan berbeda-beda. Tetapi tetap pada satu tujuan, yaitu memperingati kelahiran Nabi mereka dan menunjukkan rasa suka cita dan bergembira dengan kelahiran beliau Saw. Tak terkecuali di negara … Teruskan membaca

Ini 8 Masjid Tanpa Kubah Di Malaysia Yang Anda Boleh Lawati

By Iqmal Hazzwan Pernah tak anda terfikir yang tak semua masjid ada kubah? Malah masjid yang terkenal dan seluruh rakyat Malaysia tahu pun tak ada kubah. Biar betul! Ini antara senarai 8 masjid tanpa kubah di Malaysia yang anda boleh lawati: 1. Masjid Daing Abdul Rahman, Johor Bahru Image via designandarchitecture.com Pada awalnya tapak masjid ini terdapat … Teruskan membaca

Usah kaburi kebaikan dengan keburukan

Datuk Mohd Ajib Ismail Saban hari kita seakan semakin keliru untuk memilih antara teladan yang baik dengan yang buruk apabila melihat pelbagai tingkah laku menjengkelkan dan menyalahi ajaran agama seperti yang dipertontonkan oleh sebahagian masyarakat. Situasi tersebut ditambah lagi dengan budaya tidak sihat khususnya di media sosial yang mendorong manusia berlumba-lumba mengejar populariti bagi mendapatkan … Teruskan membaca

Cari calon pemimpin seperti Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz

Umat Islam perlu menjadikan sirah Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam memilih pemimpin termasuk ketika mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir, menegaskan tanggungjawab memilih pemimpin tepat antara aspek penting dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat kerana … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 62.1K other subscribers