• Pusat Pembangunan Pondok

    PT 929 WISMA PONDOK
    16150 Pasir Tumboh,
    Kota Bharu, Kelantan

    Tel : 097659088
    Fax : 097659099

    Blog : aki2004.wordpress.com
    email : pppb1995@gmail.com

Puasa: Kenapa mesti berlapar?

Pada hakikatnya puasa Ramadan yang akan kita hadapi ini bukan semata-mata berlapar dan dahaga tanpa sebarang makna. Sebab itu, orang yang berpuasa tanpa persiapan mental dan keinsafan diri yang mendalam, dianggap sia-sia seperti sabda Nabi yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu daripada puasa itu selain lapar dan dahaga”. Pada prinsipnya, … Teruskan membaca

Buang tabiat tidak bermanfaat di bulan Ramadhan

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR KADANG-kala pembaziran berleluasa berlaku sepanjang Ramadan. Keadaan berkenaan telah mencemarkan kesucian penghulu segala bulan tersebut dan akhirnya menyebabkan umat Islam rugi untuk meraih ganjaran pahala. Pembaziran itu bukan sahaja berlaku dalam bentuk wang ringgit tetapi juga berlaku kepada masa dan tenaga dengan melakukan perkara-perkara tidak berfaedah lalu mengurangkan pahala Ramadan. … Teruskan membaca

Cara terbaik khatam al-Quran di bulan Ramadhan

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD MINGGU ini merupakan minggu permulaan bulan Ramadan bagi tahun ini. Tentunya ini amat dinanti-nantikan oleh mereka yang sukakan ibadat. Tawaran yang Allah berikan adalah amat istimewa. Gandaan pahala diberikan pada setiap amalan dengan jumlah yang tinggi. Maka perlulah setiap Muslim merebut peluang sekali setahun ini. Ramadan istimewa kerana merupakan pilihan Allah … Teruskan membaca

Tawaran hebat Allah pada bulan Ramadhan

Keberkatan Ramadan tidak dapat dinafikan kerana banyak hadis yang menerangkan keistimewaan bulan diwajibkan berpuasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah, ayat 183) Daripada Ubadah Bin Somit meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda pada … Teruskan membaca

Penting jaga deria elak jejas pahala puasa

Oleh Mazlina Ismail Sepanjang Ramadan, umat Islam perlu memelihara deria daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan pahala puasa. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra menyarankan menggunakan deria untuk majlis ilmu, membaca al-Quran dan merenung ciptaan Ilahi. Allah SWT menciptakan manusia sempurna dengan deria mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat … Teruskan membaca

Ramadhan Bulan penanda aras peningkatan kualiti diri

Amran ZakariaUmat Islam melihat Ramadan sebagai bulan ‘multibarakah’ yang di dalamnya mencernakan pelbagai keistimewaan dan kerana itu Ramadan dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya bulan petunjuk (syahrul huda) disebabkan al-Quran diturunkan pada bulan ini. Ia juga dikenali sebagai bulan ibadah (syahrul ibadah) kerana pahala amal kebajikan dilipatgandakan.Pengisian amal yang baik menuntut kita memperbanyakkan amalan pada bulan … Teruskan membaca

Syaaban beri ruang umat persiap fizikal, mental hadapi Ramadan

Oleh  Dr Aminudin Mansor SETIAP bulan Islam mempunyai kelebihan seperti Syaaban yang penuh keberkatan dan kebaikan. Syaaban datang selepas Rejab sering dikaitkan sebagai bulan persediaan sementara menanti ketibaan Ramadan. Umat Islam sentiasa menantikan ketibaan ketiga-tiga bulan yang mempunyai keistimewaan terutama hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredaan Tuhannya dengan melakukan amal salih. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: … Teruskan membaca

Puasa Syaaban latihan intensif hadapi Ramadan

OLEH ZAMANUDDIN JUSOHPuasa sunat pada bulan Syaaban menambahkan kualiti berpuasa pada Ramadan.Syaaban antara bulan yang dihormati Baginda Nabi SAW kerana hampirnya ia dengan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT. Baginda SAW pernah bertanyakan sahabat dalam sabdanya bermaksud: “Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui” Sabda … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,630 other subscribers