Beza antara sifat Mahmudah dengan sifat Mazmumah


MAHMUDAH ialah sifat hati yang terpuji sementara mazmumah ialah sifat hati yang terkeji. Keimanan kita ada pasang surut. Begitu juga dengan sifat mahmudah dan mazmumah yang sedia ada dalam diri. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menyemarakkan sifat mahmudah serta menjauhi sifat sebaliknya.
Sifat mahmudah(terpuji)

Taubat – Bermaksud meninggalkan maksiat, dosa dan kejahatan dengan kembali kepada kebaikan. Syarat-syarat taubat:

  • Bertekad meninggalkan maksiat atau dosa yang pernah dilakukan.
  • Menyesal seikhlas hati dengan didorong rasa takut kepada azab ALLAH SWT, bukan disebabkan mengalami akibat daripada maksiat.
  • Bercita-cita tidak akan mengulangi perbuatan buruk lagi, rasa benci kepada maksiat kerana ALLAH SWT.
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi seperti meminta maaf memulangkan atau menggantikan barangan; atau membayar menurut nilai sama yang pernah dicuri.
  • Mengerjakan perkara fardu yang telah ‘luput.’ Melakukan perubahan ketara sebagai penebus dosa seperti bersedekah, bersolat sunat, membaca al-Quran, berpuasa sunat dan berbakti.

Khauf – Takut kepada ALLAH SWT, rasa gerun akan kekuatan serta kemurkaan-NYA dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan apa yang dilarang agama.
Zuhud – Bererti meninggalkan rasa cinta kepada sesuatu yang bersifat duniawi. Zuhud bukan tidak memiliki perkara bersifat dunia tetapi tidak terlalu mencintainya sehingga mengganggu hubungan hati terhadap ILAHI.

Sabar – Menahan diri untuk mendapat keredaan ALLAH SWT daripada keluh kesah, tertekan, rasa derita, kecewa dan putus asa pada sesuatu yang tidak disukai. Tambahan pula, sabar perlu ketika kita menghadapi tiga situasi berikut:

  • Menahan diri daripada keluh kesah dan tidak mengadu selain kepada ALLAH SWT ketika ditimpa sesuatu bala.
  • Menahan diri daripada sebarang cabaran atau gangguan dalam mengerjakan segala perintah ALLAH SWT.
  • Menahan diri untuk meninggalkan segala larangan ALLAH SWT.

Syukur – Bermaksud mengaku dan memuji ALLAH SWT atas nikmat yang diberikan seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian atau jawatan. Justeru, kita hendaklah menggunakan nikmat tersebut bagi menambahkan ibadat.   Ikhlas – Menumpukan niat bagi setiap ibadat atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana ALLAH SWT. Dikasadkan (niat) juga untuk menjunjung perintah dan membersihkan hati daripada dosa riyak, ujub atau inginkan pujian pihak lain.

Tawakal– Menetapkan hati dan berserah kepada ALLAH SWT dalam segala perkara yang berlaku serta beriktikad bahawa hanya DIA yang memerintahkan setiap sesuatu.

Mahabbah– Bermaksud kasihkan ALLAH SWT dengan mengingati-NYA setiap masa dan keadaan. Ini dapat diterjemahkan dengan melakukan perintah dan berusaha mendampingkan diri melalui ibadat sunat.

Ingat mati– Kita hendaklah sentiasa mengingati mati dan bersedia dengan amal ibadat sebagai bekalan menghadapi sakaratul maut. Mati dan barzakh hanyalah permulaan kepada akhirat yang menentukan nasib setiap insan.

Tawaduk – Bermaksud merendah diri kepada ALLAH SWT dan makhluk lain. Muslim yang tawaduk adalah golongan yang tidak bangga diri, tidak sombong terhadap Sang Pencipta dan sesama insan.
Sifat mazmumah(terkeji)

Banyak makan – Syarrut ta’am bermaksud terlampau banyak makan dan minum atau gelojoh ketika makan. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang itu malas, lemah dan tidur berlebihan. Kesannya, kita akan lalai daripada menunaikan ibadat dan melakukan amalan soleh.

Banyak cakap – Syarrul kalam atau banyak bercakap boleh menjadi perkara yang sia-sia. Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan sabda yang bermaksud: Berkata-kata mengenai perkara baik atau berdiam diri dianggap penting sehingga dikaitkan dengan kesempurnaan iman kita kepada ALLAH SWT dan hari akhirat. Lazimnya apabila banyak bercakap, ia membawa kepada banyak salah yang boleh mengundang dosa serta menyebabkan orang yang mendengar cepat jemu.

Pemarah –  Sifat pemarah ini bermaksud marah bukan pada tempat yang dibolehkan. Ia lahir daripada peribadi yang sombong, ego, gopoh dan tidak rasional. Kita perlulah beringat bahawa angkuh merupakan salah satu sifat iblis yang menjadikan mereka kufur.

Hasad dengki– Individu yang bersikap hasad dengki disebabkan oleh perasaan cemburu atau inginkan nikmat yang diperoleh orang lain. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kekuasaan ALLAH SWT. Golongan yang berhasad akhirnya boleh membawa kerosakan dan pergaduhan sesama insan.

Bakhil– Bermaksud menahan hak sendiri daripada dibelanjakan atau diguna kecuali ke jalan yang dituntut syariat. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang menyempurnakan agama seperti berzakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan. Justeru, bersikap bakhil merupakan kesalahan besar di sisi Islam.

Suka bermegah – Sifat ini bermaksud sukakan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Perasaan ini sebenarnya menunjukkan kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Akibatnya boleh membawa kepada tipu helah sesama insan dan menyebabkan seseorang membelakangkan kebenaran demi menjaga pangkat yang dimiliki.

Kasih dunia – Golongan yang kasihkan dunia mencintai perkara-perkara berbentuk keduniaan dan tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat. Lebih membimbangkan ia boleh merebak menjadi tamak haloba. Di antara perkara tersebut ada yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi bekalan di akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: