10 Perbuatan Sia-Sia Perlu Dielak Ummah
Abu Sufian Ats-Tsauri, seorang Ulamak Hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu : 1. Lelaki atau Wanita berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dipohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum muslimin. 2. Orang yang membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat sehari. 3. Lelaki yang masuk ke … Teruskan membaca
30 pesanan Imam Syafie
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. … Teruskan membaca
WASIAT IMAM ABU SULAIMAN AD-DARANI
1. Tidak patut seseorang yang diilhamkan dengan sesuatu yang baik terus melakukannya sehinggalah dia mendengarnya(sesuatu yang diilham) terdapat pada mana-mana hadis Rasulullah S.A.W. Apabila dia telah mendengarnya terdapat pada mana-mana hadis maka beramallah dengannya. Ucapkanlah Alhamdulillah tanda syukur di atas apa yang telah disepakati daripada sesuatu yang telah terdetik di hatinya. 2. Sesiapa yang mempercayai … Teruskan membaca
Wasiat Malik bin Dinar
1. Sesiapa yang menjauhi bunga dunia maka dia mampu mengalahkan hawa nafsunya 2. Tidak akan tinggal bagi seseorang itu teman yang akan membantunya dalam urusan amalan akhirat sedangkan mereka adalah perosak terhadap hatinya 3. Istilah cintakan dunia itu dapat dilihat apabila seseorang itu tidak menyuruh antara satu sama lain dan tidak pula melarang antara satu … Teruskan membaca
WASIAT SAYYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
1. Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu merupakan suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak. 2. Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu ialah rasa malu seseorang pada diri sendiri. 3. Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti. 4. Cucikan hati kamu dengan beradab sebagaimana api membakar sesuatu dengan … Teruskan membaca
Wasiat Imam As-Syafi’e rahimahullah
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata 2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah. 3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat … Teruskan membaca
Tunaikan 10 Hak untuk selamat dunia akhirat
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA … Teruskan membaca
WASIAT CARA MEMULIAKAN BUKU AGAMA
Mesti berwudhu’ ketika mengambilnya kerana ilmu itu ’nur’ atau cahaya dan wudhu’ juga ’nur’. Maka bertambah ’nur’ ilmu dengan ’nur’ wudhu’ Jangan menghulurkan kakinya kepada kitab Jangan meletakkan sesuatu di atas kitab kecuali kerana hajat
Wasiat Ibrahim Adham Berkenaan Maksiat
Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu : 1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya 2. Apabila kamu hendak berlaku … Teruskan membaca
Wasiat Umar Abdul Aziz
1. Percakapan dengan mengingati Allah adalah suatu yang baik, Berfikir tentang nikmat Allah merupakan sebaik-baik ibadat. 2. Aku lebih menyukai kesakitan ketika sakaratul maut (mabuk kematian) kerana ia merupakan pengakhiran kepada perkara untuk mengkifarah(menghapuskan dosa) daripada seseorang muslim. 3. Wahai Tuhanku berilah kebaikan kepada sesiapa yang mana kebaikannya itu memberi kebaikan kepada umat nabi Muhammad … Teruskan membaca