Banding diri dengan orang lebih baik
CARI wang tidak salah. Duit sebenarnya menjadi alat demi mentaati Allah. Dengan wang itu dapatlah kita membayar zakat, menunaikan haji, berjihad serta membantu mereka yang tidak berkemampuan. Islam meletakkan harta tempat yang mulia sekiranya diurus dengan cara yang berhemah. Yang kita bimbang kesibukan mencarinya sehingga melalaikan kita. Ada yang rela bekerja siang dan malam mencari … Teruskan membaca
Kenapa kena kahwin?
Kenapa Harus Menikah? (wajib baca bagi yang takut nikah) Berikut beberapa alasan mengapa harus menikah?, semoga bisa memotivasi kaum muslimin untuk memeriahkan dunia dengan menikah. 1. Melengkapi agamanya “Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Thabrani dan Hakim). 2. Menjaga … Teruskan membaca
Nafsu perlu diurus dengan sempurna
Oleh Mohd Fadly Samsudin NAFSU buas dan nafsu binatang adalah sebahagian ungkapan yang kerap digunakan bagi menggambarkan betapa nafsu itu apabila gagal dikawal dengan iman maka ia pasti akan memburukkan keadaan. Ungkapan terbabit juga mempunyai kaitan rapat dengan perilaku seks. Benar, terlalu banyak kes seperti suami yang ‘makan luar’, isteri gemarkan ‘pucuk muda’, ustaz menodai … Teruskan membaca
Rahsia dosa ciri taubat
SEPERTI diketahui, Rasulullah SAW pernah menyatakan, setiap dosa kecil dilakukan seseorang akan terhapus apabila dia melakukan solat fardu dan solat Jumaat, berzikir, beristighfar atau amalan lain yang diredai serta diberkati. Ini sebagaimana sabda baginda: “Akan gugur setiap dosa kecil yang dilakukan umat Islam seperti daun berguguran apabila dia melakukan solat fardu dan amalan lain yang … Teruskan membaca
Ulama’ penyambung tugas memimpin umat
Oleh Mohd Fadly Samsudin ULAMA adalah pewaris nabi. Sesungguhnya nabi tidak meninggalkan kepada umatnya harta kekayaan tetapi ilmu pengetahuan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad). … Teruskan membaca
Anak amanah Allah kepada kita
Oleh Hashim Ahmad Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita. Sekiranya anak itu hak kita, tentulah apabila kita berkahwin kita akan terus mendapat anak seperti mana yang kita kehendaki. Ada pasangan yang 10 tahun kahwin … Teruskan membaca
Hati gelap punca maksiat
Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: “Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT.” Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar. Kemudian Allah … Teruskan membaca
Ketawa melampau matikan hati
Oleh Wan Marzuki SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai. Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, … Teruskan membaca
Sejarah perkembangan tasauf
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN MINGGU lepas kita telah meninjau takrif dan makna istilah-istilah utama dalam cabang ilmu tasauf. Ia memberi gambaran betapa tasauf adalah satu disiplin ilmu yang tersendiri, tersusun dan ilmiah sifatnya. Di kalangan ulama terdapat perselisihan mengenai bila ilmu ini bermula. Ada yang berpandangan ia telah wujud sebelum Nabi SAW … Teruskan membaca
Manusia sentiasa berhajat kepada Allah
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN DSOFA, NEGERI SEMBILAN SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak … Teruskan membaca