Pengenalan Ilmu Falak


FALAKIYYAH
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي خلق الشمس والقمر وقلب الليل والنهار والصلاة والسلام على سيدنا محمد الذي لا نبي بعده وعلى آله وصحبه أجمعين


Ilmu Falak
adalah suatu ilmu yang mengkaji mengenai pergerakan dan sifat-sifat objek samawi seperti matahari, bulan, bintang-bintang, buruj-buruj, planet, komet dan benda-benda langit lainnya dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan objek itu serta nisbahnya berbanding kedudukan objek-objek yang lain. Dalam bahasa Inggeris ilmu ini disebut Astronomy.

  Al-Quran banyak menyentuh persoalan mengenai kejadian alam semesta. Banyak ayat-ayat yang menerangkan kejadian langit dan bumi, peredaran siang dan malam, pergerakan bintang, buruj, matahari dan bulan. Dengan demikian tidak hairan ilmu ini telah berkembang dengan pesatnya di zaman kegemilangan Islam. Ilmu ini dapat membawa manusia kepada menghayati kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta.Ini jelas sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

” Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata /berdoa : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka )

 

(Surah Al-Imran ayat 190-191) 

Kepentingan mempelajari ilmu falak ini :-

 1.      Melalui ilmu ini kita dapat mengenal Pencipta. Melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan mengenai pergerakan matahari, bulan, bintang-bintang, ahli falak dapat memerhati keagungan Allah dalam mengatur alam ini. 

2.      Dalam bentuk perlaksanaan ibadat. Islam adalah satu agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan selari dengan perjalanan alam. Perlaksanaan ibadat mempunyai kaitan rapat dengan fenomena alam cakerawala seperti pergerakan bulan, bumi dan matahari. Ini disebabkan perlaksanaan ibadah dilaksanakan dalam batas masa tertentu. Masa bergantung kepada pergerakan bumi, matahari dan bulan. Hubungan dan kaitan yang rapat diantara perlaksanaan ibadah dengan fenomena alam adalah satu perkara menarik dan ciri istimewa yang menggambarkan keindahan,
kesempurnaan dan kesejagatan agama Islam.
Secara langsung ia menggerakkan umat Islam untuk sentiasa memerhati dan memikirkan kejadian alam. Seterusnya menyaksikan keagungan dan kekuasaan Pencipta alam ini yang Maha Bijaksana dan Maha Sempurna.Setiap ibadah yang fardhu seperti solat, zakat, puasa dan haji mempunyai batas masa yang tertentu yang telah ditetapkan . Batas masa menjadi syarat sah perlaksanaan ibadah tersebut. Tidak sah ibadat yang tersebut jika
dilakukan di luar waktunya.

Kegunaan harian.

Dengan mempelajari ilmu falak : –

 a.       Manusia dapat mengunakan bintang sebagai pandu arah dalam pengembaraan dan pelayaran untuk tujuan perdagangan.Fungsi bintang sebagai pandu arah ada disebut dalam Al-Quran yang
bermaksud,
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran(Kami) kepada orang-orang yang mengetahui. “

 

( Surah An-Nahli : 16 )

  1. Taqwin. Dalam kehidupan manusia taqwin (kalendar) adalah sangat penting untuk menentukan dan menghitung hari, bulan dan tahun. Oleh itu kita dapati setiap tamadun masyarakat ada taqwinnya sendiri seperti taqwin Hindu, Cina dan lain-lain. Pembinaan Taqwim Islam berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Firman Allah yang bermaksud :

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan -Nya manzilah-manzilah (orbit-orbit) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaran -Nya kepada orang-orang yang mengetahui”

  1. Waktu. Pergerakan matahari ketara juga digunakan sebagai penentu waktu atau jam. Prinsip asas jam berdasarkan bayang-bayang objek yang disebabkan oleh cahaya matahari. Jam ini lebih dikenali sebagai Jam Suria.

Walaupun hukum mempelajari ilmu falak Fardhu Kifayah , tetapi umat Islam perlu berusaha menguasai semula ilmu ini yang satu ketika dahulu ummat ini telah mendahului tamadun lain . Di mana ketika itu tamadun Barat masih lagi berada dalam zaman kegelapan. Pada zaman itu, ummat ini melahirkan banyak tokoh-tokoh cendiakawan yang pakar dalam ilmu falak.Di antaranya Al-Battani , Al-Burjani, Al-Bayruni dan lain-lain lagi. Kini orang barat pula yang menguasai ilmu ini, sementara umat Islam hanya menjadi penonton sahaja. Orang barat telah berjaya memajukan ilmu ini sehingga mampu menjelajah angkasa lepas.

(Surah Yunus : 5 )

Comments
3 Responses to “Pengenalan Ilmu Falak”
  1. Muhd. Amir berkata:

    Alhamdulillah, mudah dan ringkas penerangan. Terima kasih atas pendedahan ini. Harap tuan/ puan mengizinkan saya menggunakan article tuan/ puan sebagai bahan rujukan untuk assingment saya

Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] Sumber : aki2004.wordpress.com […]

  2. […] Sumber : aki2014.wordpress.com […]



Tinggalkan komen

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 62.1K other subscribers