Adab dan cara hormati ibubapa


MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA

· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
· Ibu mengandung akan melahirkan anak
· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak
· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA

1. Dari Segi Percakapan
· Bercakap dengan sopan santun
· Bercakap dengan penuh hormat
· Merendahkan suara
· Menggunakan perkataan yang baik
· Menunjukkan muka yang manis
· Tidak membantah kata-kata mereka.
· Tidak menyakiti perasaan mereka.

2. Dari Segi Pergaulan
· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
· Meminta izin mereka sebelum keluar
· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.

Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

· Merupakan perintah Allah S.W.T.
· Sunnah Rasulullah S.A.W.
· Sebagai balasan jasa baik mereka
· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
· Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

1. Semasa Mereka Hidup
· Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
· Selalu menziarahi mereka
· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
· Merawati mereka ketika sakit.
· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
· Membayar hitang mereka sekiranya ada
· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
· Berbuat baik kepada rakan mereka
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
· Dibenci oleh allah s.w.t
· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
· Mendapat dosa besar
· Institusi keluarga akan hancur
· Masyarakat menjadi kucar-kacir
· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA

· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
· Dihormati dan dikasihi oleh manusia
· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
· Jiwa tenang dan tenteram
· Ikatan kekeluargaan bertambah erat

Comments
21 Responses to “Adab dan cara hormati ibubapa”
  1. liyana berkata:

    izinkan saya mengambil maklumat yaa .. terima kasih 🙂

  2. NORLAILA AZUA berkata:

    saya pun same juga ,sy nk mntk izin untuk mengambil maklumt sbg panduan….thankz:)

  3. yanie karimah berkata:

    saya pun sama nak minta izin….perkongsian ilmu untuk generasi muda….

  4. lin berkata:

    Sy pn nk mtk izin guna mklumt ini dlm pgjrn sy

  5. zulhilmi berkata:

    Benarkan saya ambil maklumat ini.Terima kasih.

  6. wirama iman berkata:

    syukran jiddan3x

  7. faris berkata:

    Saya hendak meminta izin hendak menggunakan maklumat ini..Terima kasih..:D

  8. adeelah berkata:

    As salam…mohon keizinan mengambil maklumat…t.kasih

  9. Anak Emas berkata:

    Berbaktilah Kepada Ibu Dan Ayah, Sebelum Mereka Meniggalkan Kita Untuk Selama-lamanya.

  10. ika berkata:

    Assalam. ..boleh x saya nk ty persoalan mngenai bab ini?

  11. aziah berkata:

    assalamualaikum…saya mohon keizinan utk mengambil maklumat di sini..terima kasih

  12. Salam..mohon izin untuk saya mengambil maklumat ini..amat berguna untuk saya sampaikan kepada pelajar saya. Terima Kasih.

  13. Haziq Husaini berkata:

    Saya Haziq Husaini…izinkin saya mengambil maklumat ini untuk tujuan pembelajaran…

  14. Nadya sava berkata:

    Aku harus tau… Selama ini aku bersalah sama mama:’)

  15. prettydina berkata:

    Izinkan saya ambil maklumat sebagai sumber pelajaran.

  16. Norsyazwani Bt Mohd Nazri berkata:

    Macam mana nak membuatkan ibu bapa gembira dan macam nak meminta maaf kalau kita ada buat salah….

  17. niiip berkata:

    izinkan saya ambil makluamat sbg sumber P&P… terima kasih byk2…

  18. Saya ada banyak masalah boleh sesiapa tolong saya dengan jujur dan tulus.

  19. IMRAN berkata:

    Pinjam kejap eh nk buat assignment, jdikn rujukan

  20. Hamizah berkata:

    Minta izin mengambil maklumat… Terima kasih banyak2.. Semoga murah rezeki 🙂

  21. Crys Heart berkata:

    saya pun nk meminta izin menggunakan maklumat ini untuk pembelajaran

Tinggalkan komen

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 62.1K other subscribers