Tangani trauma akibat kemalangan


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Suasana pilu tentu masih lagi menyelubungi waris keluarga mangsa pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang yang masuk hari ke 16 (jika pesawat masih belum ditemui).

Dalam kes seperti ini sebenarnya kanak-kanak menghadapi trauma yang lebih teruk berbanding orang dewasa. Mereka yang belum mengerti apa-apa tentu saja ternanti-nanti ibu bapa atau orang tersayang untuk kembali seperti yang dijanjikan.

Mungkin mereka sedang mengira hari untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang tetapi tidak kunjung tiba.

Pakar Psikologi, Jabatan Psikologi Pendidikan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, sebagai kanak-kanak, mereka tentu saja trauma kerana kehilangan orang yang tersayang.

“Mereka bimbang orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi ke pangkuan dan biasanya berlaku dalam kes kemalangan yang menyebabkan mangsa hilang atau meninggal serta-merta.

“Misalnya dalam kes pesawat MH370, waris mangsa terutamanya kanak-kanak biasanya akan mengalami trauma untuk menaiki pesawat apabila mendengar berita pesawat yang hilang, terhempas atau berkecai,” katanya semasa dihubungi PancaSihat baru-baru ini.

Bagaimanapun jelas Dr. Mariani sebagai orang Islam, kita harus ingat apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan kita perlu reda.

“Sebagai penjaga kanak-kanak, kita perlu beritahu mereka mengenai kematian yang pasti berlaku walaupun tidak menaiki pesawat dan boleh berlaku di mana saja,” katanya.

Biasanya kanak-kanak yang berusia lebih enam tahun, mereka boleh memahami mengenai kehilangan serta kematian. Tetapi kanak-kanak yang berusia bawah enam tahun tidak tahu apa yang berlaku, mereka cuma bertanya di mana ibu bapa mereka atau orang yang mereka sayang.

“Jadi kita sebagai penjaga mereka sepatutnya memaklumkan kepada kanak-kanak yang berusia lebih enam tahun mengenai ketentuan Allah.

“Beritahu mereka apa yang berlaku, sama ada mereka akan bertemu lagi dengan orang yang tersayang atau sebaliknya dan minta mereka banyak berdoa,” katanya.

Mereka perlu diajar berdoa dan merayu kepada Allah untuk ditemukan dengan orang tersayang jika masih hidup atau ditemukan jasadnya jika telah meninggal dunia.

Selain itu jelas Dr. Mariani, mereka yang berada di sekeliling kanak-kanak terutama penjaga perlu menjadi pendengar yang aktif. Penjaga perlu bersedia mendengar dan melayan apa yang diceritakan oleh kanak-kanak terlibat.

“Penjaga juga perlu mengajak kanak-kanak ini melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan pergi membeli-belah atau aktiviti riadah bersama-sama.

“Sebagai orang yang rapat dengan kanak-kanak ini, penjaga disaran jangan menunjukkan kesedihan di hadapan kanak-kanak dan lakukan aktiviti seperti tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Tetapi beritahu kanak-kanak berkenaan secara berhemah bagi membantu menenangkan perasaan mereka.

Kanak-kanak ini juga perlu menjalani rutin harian biasa seperti mandi, makan, pergi sekolah selain memikirkan orang yang tersayang.

Selain itu kanak-kanak ini juga biasanya akan fobia dengan kapal terbang kerana televisyen sering menayangkan kemungkinan pesawat jatuh terhempas atau berkecai di laut atau daratan.

“Jadi penjaga jangan sesekali luahkan reaksi yang negatif mengenai kapal terbang semasa menonton televisyen.

“Ini kerana kanak-kanak akan menjadi trauma apabila mendengar cerita-cerita sebegini,” katanya.

Tetapi jangan sesekali jauhkan kanak-kanak daripada televisyen dan berikan mereka melihat realiti sebenar dengan tenang.

Sebaik-baiknya tonton televisyen bersama-sama dengan mereka tetapi jangan sesekali meluahkan perasaan takut atau bimbang mengenai kapal terbang.

“Ceritakan kebaikan kapal terbang kepada manusia sebagai satu jenis pengangkutan yang terbaik.

“Beritahu juga kapal terbang boleh dikatakan pengangkutan paling selamat kerana sangat jarang berlaku kemalangan,” katanya.

Mereka juga boleh tunjukkan keadaan dalam kapal terbang seperti ada makanan, minuman, tempat duduk, televisyen kecil serta keadaan yang selesa supaya mereka tidak bimbang. Tetapi jangan tunjukkan gambar-gambar yang mengerikan mengenai kemalangan kapal terbang seperti mayat berkecai, tersangkut atau apa sahaja yang berkaitan.

Malah jika tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.

Satu lagi jelas Dr. Mariani, sebaik-baiknya jangan gunakan perkataan sabar terhadap kanak-kanak.

“Bagi mereka perkataan ini adalah klasik serta mereka belum mengerti maksud sebenar dan mungkin akan trauma bila mendengarnya,” katanya.

Apa yang penting, penjaga mereka perlu memberikan kata-kata positif supaya kanak-kanak ini dapat menerima hakikat kehilangan.

“Katakan kepada mereka, semua orang akan menghadapi kehilangan dan kematian.

“Ajar mereka berdoa dan katakan bahawa orang yang mereka sayangi akan mendengar doa dan bahagia mendengarnya,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: