ABDULLAH bin Masud sahabat yang hebat
ABDULLAH bin Masud termasuk seorang sahabat yang mula-mula sekali masuk Islam. Sejak di Mekah, beliau yang dikenali sebagai Ibnu Mas’ud sangat tekun berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Ke mana Nabi Muhammad SAW pergi, Ibnu Masud selalu bersama untuk melayani keperluan baginda SAW. Beliau menyiapkan selipar Rasulullah SAW apabila hendak dipakai dan menyimpan selipar itu apabila baginda … Teruskan membaca
Kisah Talut dan Jalut
BERTAHUN-tahun setelah Nabi Musa a.s wafat, Bani Israel mula melupakan ajaran baginda. Mereka pun menjadi bangsa yang lemah dan berpecah-belah. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatukan mereka kembali. Allah SWT mewahyukan kepada Samuel, pemimpin agama Bani Israel, agar melantik seorang pemuda bernama Talut. Talut memimpin Bani Israel untuk membebaskan dan mengembalikan harga diri mereka … Teruskan membaca
Ketegasan Abdullah bin Huzafah al-Sahmi Kagumkan Raja Rom
ABDULLAH bin Huzafah al-Sahmi telah masuk Islam sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Beliau pernah berhijrah ke Habsyah bersama ahli keluarganya. Beliau lalu berhijrah ke Madinah bersama kaum Muslimin yang lain. Sejak saat itu, beliau tidak pernah tertinggal dalam setiap peperangan bersama Nabi Muhammad SAW. Pada masa kekhalifahan Umar bin al-Khattab, Abdullah ikut serta dalam … Teruskan membaca
Ujian musibah tanda hamba dikasihi Allah
Hadith: Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia … Teruskan membaca
Romantiknya seorang guru tajwid
Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar. Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada. Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang. Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika … Teruskan membaca
Raja akui hikmat terpotong jari
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt. Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka … Teruskan membaca
Nusaibah binti Kaab al-Khazrajiyah Mujahidah kental
NAMA beliau ialah Nusaibah binti Kaab al-Khazrajiyah. Beliau seorang mujahidah yang berjuang di medan perang. Bukan sekadar penyedia logistik atau merawat luka, malah ikut bertempur apabila keadaan memerlukan. Apabila pasukan Islam mengalami kekalahan dalam perang Uhud, ramai di antara mereka yang lari dari medan pertempuran. Pada masa itu, Rasulullah SAW menghadapi situasi yang sangat berbahaya. … Teruskan membaca
Muslimah Purdah vs Dedah aurat di Perancis
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis. Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya. Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang … Teruskan membaca
Ubah budak nakal jadi baik
SEORANG pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya. Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka. “Saya tak … Teruskan membaca