NIAT PUASA


Ramadhan menjenguk lagi buat sekian kalinya dalam hidup kita bersama kewajipan berpuasa. Setiap kali kedatangannya, ada pelbagai cara di dalam menyambutnya. Ada yang meriah dengan ibadah dan tidak kurang yang memeriahkannya dengan juadah. Di sini marilah kita sama-sama mengingati kembali mengenai rukun puasa bagi memastikan puasa yang kita tunaikan tidak sia-sia. Sebagaimana maklum rukun puasa ada 2 iaitu niat dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar(subuh) sehingga tenggelamnya matahari(maghrib).

PERTAMA : NIAT Iaitu niat di dalam hati untuk berpuasa dan ia tidak cukup sekadar dilidah sahaja serta tidak disyaratkan supaya kita menyer- takan niat tadi dengan lafaz dilidah tetapi sudah mencukupi dengan niat dihati sahaja.Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat. -Hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim-

Niat puasa Ramadhan mestilah merangkumi syarat-syarat di bawah iaitu :

1. Berniat pada waktu malam : Iaitu kita mesti berniat untuk berpuasa pada waktu malam sebelum terbitnya fajar sodiq(subuh). Sesiapa yang tidak berniat pada selepas terbitnya fajar(subuh) maka niatnya tidak sah dan puasanya batal tetapi dia mesti menahan diri daripada makan dan minum sebagaimana mereka yang berpuasa dan wajib mengqadha’kannya selepas itu kerana kelalaiannya. Dalilnya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang tidak berniat sebelum terbitnya fajar maka tiada puasa baginya. -Hadis riwayat Ad-Darqutni dan mengatakan semua perawinya adalah thiqoh. Ia juga riwayat Al-Baihaqi-

 2. Menentukan(ta’yin): Kita mesti menentukan jenis puasa iaitu puasa Ramadhan. Kita mesti berniat dalam hati untuk berpuasa Ramadhan esok hari. Sekiranya kita hanya berniat puasa tanpa menentukan jenis puasa maka niat kita tidak sah. Ini mengikut hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dan sesungguhnya setiap perkara mengikut niat. Iaitu dikira sesuatu amalan itu mengikut jenis niat yang diniatkan ketika melakukannya. Niat puasa Ramadhan ialah : Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan fardhu atasku kerana Allah ta’ala.

3. Mengulangi niat : Kita mesti mengulangi niat puasa Ramadhan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Tidak mencukupi hanya sekadar berniat pada malam pertama dengan sekali niat sahaja. Ini adalah kerana puasa Ramadhan merupakan iabadat yang berulang bukannya hanya satu ibadat sahaja. Setiap ibadat mestilah dikhaskan dengan niatnya yang tersendiri, begitu juga dengan puasa Ramadhan walaupun ada ulama’ yang berpendapat hanya cukup sekadar berniat sekali sahaja iaitu pada malam pertama Ramadhan dengan lafaz: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan untuk tahun ini kerana Allah ta’ala. Ini sebagai jalan untuk berhati-hati jika berlakunya lupa untuk berniat pada malam seterusnya. Adapun untuk niat puasa sunat, tidak disyaratkan untuk kita berniat pada waktu malam dan ditentukan jenisnya. Ia sah diniat sebelum zawal (matahari tegak atas kepala iaitu beberapa minit sebelum zohor) dan ia juga sah diniatkan tanpa ditentukan jenisnya. Dalilnya ialah hadis ‘Aisyah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepadanya yang bermaksud :Adakah bersama kamu makanan? Maka jawabnya :Tiada. Sabda nabi S.A.W : Maka dengan demikian aku berpuasa. -Riwayat Ad-Darqutni-

Comments
2 Responses to “NIAT PUASA”
  1. sekarang baru paham….niat tk semestinye lafaz dari mulut tp cukup dihati & org lupe niat juga patut menahan lapar dan dahaga seperti org puasa (tp mcm mane ngn period)

    tapi kalu orang yg tahu yg esok ramadhan, i mean kite mengakui yg esok maseh lagi bln ramdhan dan wajib berpuasa dan nak berpuasa & kite nk puase kerana Allah bkn sbb laen, takut pade org kee ape ke…tp terlupe untuk berniatkan ” Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan fardhu atasku kerana Allah ta’ala” mahupon dlm hati ataw lafaz, maseh tk dikire ek puase?

  2. Mummyreny Ridwan berkata:

    amalkan niat puasa sebelum tidur setiap hari di bulan ramadhan,,,,, emmmmm… info untuk smua pada sesiapa yg pernah t’lupa b’niat puasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,632 other subscribers
%d bloggers like this: