Dapat hidayah selepas 25 tahun

Susunan SITI AINIZA KAMSARI IBRAHIM Karlsson kini tenang meneruskan kehidupan selepas bergelar muslim. SEBELUM mengenal Islam, Ulf Karlsson adalah seorang lelaki biasa yang langsung tidak punya pegangan agama. Dia mengaku sebagai seorang yang lebih mengejar kebendaan atau materialistik. Tidak pernah sedikit pun terlintas dalam fikirannya mengenai kewujudan Tuhan. “Saya menjalani kehidupan selama 25 tahun tanpa … Teruskan membaca

Hati Nabi SAW dibersihkan sebelum Israk Mikraj

Susunan SITI AINIZA KAMSARI   ISRAK dan Mikraj mencatatkan banyak peristiwa penting yang ditempuhi dan dilihat oleh Rasulullah SAW. Semuanya diperlihatkan kepada baginda dengan jelas, bukannya untuk tatapan mata semata-mata. Sesetengah riwayat mengatakan pada malam tersebut, nabi SAW berada di samping Kaabah sebelum dikejutkan oleh malaikat Jibrail untuk mengajak baginda menempuh peristiwa ini. Ada yang … Teruskan membaca

Semangat Israk Mikraj bebas Baitulmaqdis

Oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri Kita patut suburkan kisah Salahuddin selamat saudara seagama daripada kezaliman Yahudi ALHAMDULILLAH, harim ini  mengikut kalendar Islam bertarikh 27 Rejab 1432 Hijrah, umat Islam menyambut Israk Mikraj, peristiwa cukup besar dalam diari umat Islam. Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid … Teruskan membaca

Tentera Islam berkawal di Madinah

Susunan SITI AINIZA KAMSARI Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin menyertai pasukan tentera Islam berangkat menuju ke medan Uhud pada awal pagi Sabtu, 11 Syawal tahun 3 Hijrah. Pada hari yang sama, iaitu disebelah petang mereka kembali semula ke Kota Madinah. Ia selepas selesai menguburkan jenazah-jenazah tentera Islam yang terkorban dan setelah yakin tentera-tentera Quraisy … Teruskan membaca

Keistimewaan kerajaan Saba’

Empangan ma’arib adalah nadi kehidupan kaum Saba’. DALAM kisah Nabi Sulaiman a.s, diceritakan bahawa baginda mengajak seorang Ratu (pemerintah) dari sebuah negeri untuk mengikuti agamanya, iaitu hanya menyembah Allah SWT dan bukan yang lain (maksud al-Quran, al-Naml: 10-44). Negeri itu adalah Saba’ dan ratunya bernama Balqis. Kisah tentang negeri Saba’ dan penduduknya terdapat di dalam … Teruskan membaca

Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul … Teruskan membaca

Perbaharui iman, dekat diri kepada Allah

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM KEMULIAAN seseorang berkait rapat dengan kesungguhannya dalam menambah dan meningkatkan iman. Dan perkara yang paling berpotensi untuk menambah dan menguatkan iman adalah melalui ‘ilmu’, kemudian ‘amal salih’ dan ‘zikrullah’. Maka tiap kali seorang hamba menambah ilmu dan amal salihnya bererti dia sedang memperbaharui imannya. Inilah yang dimaksud oleh hadis Rasulullah s.a.w. … Teruskan membaca

Perang Badar dan negara berkebajikan Madinah

Oleh Abu Firdaus Rasulullah SAW adalah seorang yang mengelak konfrontasi. Daripada menyusahkan pengikutnya ditekan oleh Quraisy Mekah, maka lebih baik bagi mereka berhijrah.Mulanya berhijrah ke Taif, kemudian ke Habsyah dan akhirnya di Madinah. Tidak pernah tercatat bahawa Rasulullah SAW mengisytiharkan akan kembali dan menakluki Mekah. Gerakannya adalah bersifat dakwah dan bukannya berperang, apatah lagi menakluki … Teruskan membaca

Kisah nabi Muhammad s.a.w dan Perogol

Imam Tirmizi telah merekodkan di dalam Sunannya, satu hadis berkenaan satu kes rogol yang pernah berlaku pada zaman Nabi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat. Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan … Teruskan membaca

Pengajaran Isra’ Mikraj

Fahri Abdullah al-Masri Isra’ Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan.Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,123 other subscribers