Erti Ikhlas


4. Pengertian Ikhlas

 

Pokok atau unsur yang penting dari setiap niat ialah ikhlas. Adapun makna ikhlas itu ialah suci-murni, tidak bercampur dengan yang lain. Menurut istilah Syari’ah (Islam), yang dimaksud dengan makna ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah atau kebajikan kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keridhaanNya.

 

Sayid Sabiq merumuskan definisi ikhlas itu sebagai

berikut:

 

“Bahawa menyengaja manusia dengan perkataannya kerana Allah semata-mata dan kerana mengharapkan keridhaanNya. Bukan kerana mengharapkan harta, pujian, gelaran (sebutan), kemasyhuran dan kemajuan.

 

Amalnya terangkat dari kekurangan-kekurangan dan dari akhlak yang tercela, dan dengan demikian ia menemukan kesukaan Allah.” (Sayid Sabiq: “Islamuna”, halaman 36).

 

Di dalam AI-Quran, Tuhan mengibaratkan ikhlas itu laksana susu yang bersih-mumi, yang enak rasanya apabila diminum, bahkan yang dapat menyihatkan dan menyegarkan badan manusia.

 

Tuhan berfirman:

 

“Dan sesungguhnya tentang kehidupan binatang-ternak itu menjadi pelajaran bagi kamu. Kami beri minum kamu dengan apa yang ada dalam perutnya; di antara tahi dan darah (didapati) susu yang bersih-murni (ikhlas), mudah dan sedap ditelan oleh orang-orang yang meminumnya.” (An-Nahl: 66).

Pada ayat tersebut Tuhan memberikan contoh tentang ikhlas itu laksana susu-murni binatang ternak. Sebelum menjadi susu murni, yaitu tatkala masih berada dalam perut binatang, susu itu terdiri dari dua zat yang kotor dan tidak memberikan faedah, yaitu tahi dan darah. Setelah melalui proses, maka terjadilah susu yang bersih-murni, tidak bercampur dengan kotoran dan zat-zat lainnya.

 

Tuhan mengibaratkan bahawa sesuatu amal yang ikhlas tak ubahnya laksana susu-murni itu.

 

Untuk memahami / menangkap pengertian tentang ikhlas itu, kita jelaskan di sini pandangan seorang Ahli Hikmat yang mengumpamakan ikhlas itu laksana air dalam kehidupan tanam-tanaman. Ilmu diibaratkannya seperti benih; dan amal laksana tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan itu barulah berbuah apabila dirawat, disiram dengan air, sehingga menghasilkan buah yang dapat dimakan dan mendatangkan faedah. Maka air dalam kehidupan tumbuh-tumbuhan itu mempunyai peranan seperti ikhlas dalam sesuatu amal atau perbuatan. Ertinya, amal yang akan mendatangkan faedah ialah apabila dilakukan dengan ikhlas.

 

Sebagai natijah dari sesuatu amal yang ikhlas, kita kutib di sini huraian perbandingan Imam AI-Marzabay mengenai seseorang yang sedang mengerjakan shalat (sembahyang). Beliau berkata: “Seorang yang mengerjakan shalat memerlukan empat hal (keadaan), supaya shalatnya itu diterima Tuhan. Yaitu :

(1)   hatinya betul-betul hadir;

(2)   akalnya turut mempersaksikan;

(3)   mematuhi rukun-rukunnya;

(4)   tekun (khusyu’) anggota-anggotanya.

 

Barangsiapa yang sembahyang tanpa hatinya hadir , maka shalatnya adalah sia-sia. Barangsiapa yang sembahyang, sedang akalnya tidak turut mempersaksikan (memikirkan), maka dia adalah seorang pelaksana shalat yang lalai. Barangsiapa yang sembahyang tanpa mematuhi peraturan-peraturannya, maka sembahyangnya batal. Siapa yang mengerjakan shalat sedang anggota-anggotanya tidak khusyu’, maka sembahyangnya itu adalah salah.” (Syarah Matan Al-Arba’in an-Nawawiyah, halaman 9).

Comments
2 Responses to “Erti Ikhlas”
  1. asari berkata:

    saya sedang mencari jawapan untuk tajuk :keimanan yang kukuh terhadap rukun iman melahirkan muslim yang ikhlas dalam melaksanakan ibdat’..kalu buleh tulong hambo

  2. abdulmutalib berkata:

    ini hanya sekadar pendapat peribadi saya tentang erti ihlas, harap maaf jika ianya salah. ~perkara yang kita ikhlaskan tidak boleh diungkit-ungkit, jika diungkit keikhlasannya akan hilang dan perkara yang hati kita suda ikhlaskan hendaklah dilupakan. erti ikhlas bagi saya ialah “berserah“ pada yang kuasa, kerna perbezan oarng islam dengan cina ialah….., orang islam percaya pada takdir dan orang cina pula percaya pada nasib, oleh itu jangan mengeluh pada nasib,jika kita mengeluh hati tidak akan tenang tetapi kalu kita berserah pada yang esa…, hati tenang sehinga keceriaan dapat dilihat pada insan sekeliling~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,630 other subscribers
%d bloggers like this: