Kem Cuti Sekolah di Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas
Posted by aki2004 on Disember 5, 2022 · Tinggalkan Komen
Sempena cuti sekolah yg hampir tiba.. Jomm kita isikan masa cuti dengan mengikuti Pengajian Kitab Turath Secara Bertalaqqi @ (Daftar Sementara Pondok) di Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Tarikh daftar :
10 – 11 Disember 2022
Tarikh tamat :
25 Disember 2022
*Selama 16 Hari *
Waktu daftar :
9.00 pagi – 5.00 ptg
(1.00 – 2.00 ptg= Rehat)
Antara syarat2nya :
1- Terbuka kepada pelajar2 sekolah muslimin/muslimat yg berumur 13 – 17 tahun.
2- Sanggup mengikuti peraturan & undang2 pondok yg telah ditetapkan.
3- Tiada sebarang masalah disiplin (Rokok,Vape,Dadah & sebagainya.
4- Berkeinginan/berkesungguhan ingin belajar ilmu agama.
5- Telefon bimbit berkamera Tidak dibenarkan bawa.
6- Terhad untuk 30 org muslimin ,, 30 org muslimat.
Pengisian :
** Mengikuti kelas pengajian kitab2 pondok.
** Mengikuti kelas pengajian Iqra’ dan Al-Quran
** Solat berjemaah setiap waktu & solat sunat2 yg lain di masjid pondok
** Hafalan surah2 pilihan, doa2, wirid2, dll.
** Kursus jenazah lengkap
** Latihan khutbah & azan
** Latihan qasidah, burdah, nasyid, dll.
Pendaftaran sebanyak : RM160.00 (Tidak termasuk makan/minum. Peserta boleh membelinya di kedai hadapan asrama bagi Muslimin ,, peserta Muslimat pula boleh membelinya di kantin muslimat).
Kelengkapan yg perlu dibawa :
** Salinan kad pengenalan peserta
** Pakaian yg sesuai dgn pondok ;
Muslimin (jubah, baju melayu, kain pelikat, kopiah, dll)
Muslimat (jubah, tudung labuh, stokin kaki, kelengkapan solat wanita, pakaian muslimah, dll)
** Kelengkapan Tidur (Bantal, selimut, toto, dll)
** Kelengkapan mandi (Baldi, gayung, sabun, berus gigi, kain basahan, dll)
** Payung/baju hujan
** Kitab2 pengajian/alat tulis boleh didapati/beli di pejabat pondok
Sebarang pertanyaan dan tempahan, bolehlah menghubungi @ whatsapp pejabat pondok :
Muslimin : 013-9754428/019-6710238.
Muslimat : 01129854533


Filed under Program Berkala, Program Terbaru