Daun beremi penawar nyanyuk


DAUN Bacopa monnieri (B monnieri) atau juga dikenali sebagai brahmi atau aindri dalam bahasa Sanskrit dipercayai mampu mencegah masalah nyanyuk atau dementia.

Ia mengandungi bahan antiradang, antioksida dan pencegahan amiloid, iaitu protein yang dikaitkan dengan penyakit nyanyuk dan Alzheimer.

Brahmi yang juga dikenali sebagai beremi adalah tumbuhan daripada keluarga scrophulariaceae didapati di kawasan tanah lembap dengan persekitaran berlumpur di India.

Penyelidik Penyakit Berjangkit/Tidak Berjangkit dan Perubatan Pencegahan, Fakulti Kesihatan dan Sains Perubatan, Universiti Taylor, Dr Priya Madhavan, berkata brahmi atau dalam perubatan Ayurveda dikenali sebagai “medhya rasayana” in Ayurveda, dipercayai untuk mengukuhkan bahan kognitif dalam otak.

Katanya, tumbuhan ini popular dalam kalangan pengamal Ayurveda untuk merawat masalah kehilangan memori, radang, epilepsi atau sawan, demam dan asma.

“Pelbagai kajian mendapati ia mengandungi bahan bioaktif yang melindungi otak melawan kerosakan oksidatif dan kemerosotan kognitif akibat faktor penuaan,” katanya.

Kajian penyakit Alzheimer

Beliau yang menjalankan kajian berkaitan penyakit Alzheimer di bawah geran Penyelidikan Universiti Taylor (TUFR) sebagai sebahagian daripada Program Penuaan dan Kualiti Hidup.

Kajian klinikal dijalankan menggunakan B monnieri untuk meningkatkan kognitif, pada 2016 dan diterbitkan di dalam Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, ke atas 60 pelajar perubatan dari Kolej Perubatan Kerajaan, Nagpur, India.

Mereka diberikan 150 miligram (mg) pati B monnieri dua kali sehari, menunjukkan peningkatan signifikan dalam tahap serum kalsium dengan ujian memori.

Pada tahun sama, kumpulan penyelidik melaporkan tahap dos terkawal dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kognitif membabitkan purata usia 61.88 tahun, menunjukkan peningkatan dalam ujian penumpuan.

Hasil kajian diterbitkan dalam jurnal Advances in Alzheimer’s Disease.

“Pada 2008, kajian melihat rawatan menggunakan 150 mg B monnieri dua kali sehari untuk memeriksa kesan ke atas fungsi kognitif manusia selama 90 hari, membabitkan 107 peserta berusia 18 dan 60 tahun) di Universiti Swinburne, Australia.

“Kajian itu diiktiraf di dalam jurnal antarabangsa, Phytotherapy Research, menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik dalam tugas mengingati kerja struktur dalam kalangan peserta yang sihat tanpa sejarah penyakit saraf, usus dan jangkitan kronik.

“Malah tidak seorang pun peserta yang sihat mengambil sebarang ubat untuk kognitif,” katanya.

Bantu pembelajaran

Katanya, B monnieri juga menunjukkan kesan ke atas keupayaan pembelajaran. Pengambilan B monnieri selama tiga bulan bagi individu berusia 40 dan 65 tahun.

Berdasarkan kajian dijalankan di Universiti of Wdongong, Australia dan disiarkan pada 2002 dalam jurnal Nueropyscholpharmacology menunjukkan keupayaan mengingati maklumat baharu.

Bacopa monnieri juga dikenali tumbuhan brahmi bantu mencegah masalah nyanyuk atau dementia. - Foto hiasan
Bacopa monnieri juga dikenali tumbuhan brahmi bantu mencegah masalah nyanyuk atau dementia. – Foto hiasan

Keputusan itu diperkukuhkan dengan kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam jurnal Alternative And Complementary Medicine menunjukkan pengambilan berterusan sebanyak 300mg sehari B monnieri selama 84 hari dalam kalangan peserta tanpa dementia berusia 65 tahun di University of Catania, Italy, menunjukkan peningkatan prestasi memori.

Dua tahun kemudian, di Lismore, New South Wales, Australia, penggunaan 300mg B monnieri sehari dalam kalangan sukarelawan berusia 55 tahun, menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran oral dan memori yang direkodkan jurnal Alternative And Complementary Medicine.

“Melihat kepada pelbagai faktor yang menjadi punca dementia, adalah lebih baik untuk mencari ubat pencegah berbanding penawar,” katanya.

Info

* Kajian Beban Penyakit Global (GBD) 2016:

1. 1990 sehingga 2016

– 43.8 juta penghidap dementia

– Punca ke lima kematian di seluruh dunia

* Penyakit berkaitan usia:

– Kecelaruan kognitif

– Dementia

– Penyakit metabolik.

* Pencegahan lain:

1. Senaman

– Meningkatkan aktiviti otak

– Merangsang kesihatan otak

Tinggalkan komen

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 62.1K other subscribers