Khitan anak lelaki dan perempuan antara adat dan syariat
ISU KHITAN ANAK
Ibnu Qoyyim rahimahullah ada menulis satu kitab yang sangat bagus yg membicarakan masaalah hukum bayi lahir yang dinamakan ‘Tuhfatul Maudud Fi Ahkami Al-Maulud’. Dalam kitab ini beliau ada menulis bab khusus hukum berkenaan khitan.
KHITAN ADALAH SUNNAH NABI IBRAHIM DAN NABI SETELAHNYA.
Imam Bukhari, (6298) dan Muslim, (2370) dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عليه السلام بَعْدَ ثَمَانِينَ سَنَةً ، وَاخْتَتَنَ بِالْقَدُومِ .
“Nabi Ibrahim AS telah berkhitan ketika berumur lapan puluh tahun dengan menggunakan sebilah kapak.”
Yg dimaksudkan dengan perkataan ‘Al-Qodum’ dlm hadis diatas adalah alat tukang kayu, (ada pendapat lain) dikatakan ia adalah tempat di Syam.
قال الحافظ ابن حجر :
وَالرَّاجِح أَنَّ الْمُرَاد فِي الْحَدِيث الآلَة , فَقَدْ رَوَى أَبُو يَعْلَى مِنْ طَرِيق عَلِيّ بْن رَبَاح قَالَ : “أُمِرَ إِبْرَاهِيم بِالْخِتَانِ , فَاخْتَتَنَ بِقَدُّوم فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ , فَأَوْحَى اللَّه إِلَيْهِ أَنْ عَجِلْت قَبْل أَنْ نَأْمُرك بِآلَتِهِ , فَقَالَ : يَا رَبّ كَرِهْت أَنْ أُؤَخِّر أَمْرك” اهـ
Maksudnya : Ibnu Hajar RA mengatakan, pendapat “yang kuat, maksud dalam hadis diatas adalah alat (kapak). Telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la dari jalam Ali bin Rabah berkata, “Ibrahim diperintahkan untuk berkhitan, maka beliau berkhitan dengan kapak, sehingga merasakan kesakitan. Maka Allah mewahyukan kepadanya agar dipercepat sebelum diperintahkan kepadanya. Dan beliau mengatakan, “Wahai Tuhanku, saya tidak suka mengakhirkan perintahMu.”
HUKUM KHITAN
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan.
Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah mengatakan, Yang tepat dari pendapat ulama dalam masalah ini, ialah pendapat yang pertengahan, iaitu khitan itu wajib bagi lelaki, namun tidak wajib bagi perrmpuan. Perbezaannya sangat jelas sekali kerana kulit khitan yang ada pada lelaki jika dibiarkan, ia dapat memberikan kesan bahaya ketika kencing.
Hal ini tidak kita sama dengan perempuan kerana faedahnya adalah mengurangi syahwatnya. “As-Syarkhu Al-Mumti’ (1/133, 134).
Manakala dalam mazhab Imam Ahmad rahimahullah, Ibnu Qudamah rahimahullah mengatakan dalam ‘Al-Mugni (1/15): “Adapun hukum khitan itu wajib bagi lelaki dan ianya suatu kehormatan bagi perempuan iaitu hukumnya adalah sunat.” Ini bedasarkan satu hadis Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah RA:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, keranA ia boleh meceriakan wajah dan lebih disenangi oleh suami.
Dalam hadis yg marfu’ pada Rasulullah SAW, yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan alBaihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
`Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita.` (HR Ahmad dan Baihaqi).
Antara pendapat lain mengenai hukum khitan perempuan ialah :
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khitan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khitan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhitan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khitan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.
KESIMPULAN
Khitan perempuan merupakan sunnah fitrah yang sudah diterima oleh umat Islam. Walaupun ianya adalah masaalah khilafiah dan merupakan perbahassan ulama dalam masalah hukum khitan pada perempuan, namun syiar khitan perempuan ini elok dilakukan oleh umat Islam.
Hikmah khitan bagi perempuan sangatlah besar kerana ianya dapat meengimbangkan syahwatnya. Dinasihatkan pada semua bidan dan Doktor yang mengkhitan perempuan harus berhati-hati, sehingga tidak memotong terlalu besar, sehingga akan membawa akibat yang buruk bagi yang dikhitan.
Nik Nizam Nasir
Pejabat Agama Jajahan Tumpat