2 surau di bakar di Muar


 

  •  

Dua surau alami kebakaran kecil disyaki akibat khianat

JALALUDDIN Abdul Rahman (kiri) melihat kesan kebakaran pada pintu masuk ruang solat wanita di Surau Parit Beting Jalan Salleh, Muar, Johor, semalam.

 

 

MUAR 21 Jan. – Dua buah surau di bandar ini mengalami kebakaran kecil awal pagi ini dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi di Surau Silaturahim, Jalan Ismail Omar, manakala kejadian kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh.

Berikutan jarak antara kedua-dua surau kurang dari satu kilometer dan berlaku hampir serentak, polis percaya kedua-dua kebakaran berkenaan dilakukan individu sama.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran di Surau Silaturahim pukul 3.50 pagi.

“Kebakaran surau itu disedari oleh tiga lelaki yang menaiki kereta dan kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Mereka bertindak memadamkan kebakaran itu dan atas nasihat anggota polis peronda yang ditemui, mereka membuat laporan di Balai Polis Muar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, sebahagian daripada bingkai tingkap dan langsir yang terletak di ruang legar luar surau berkenaan terbakar.

“Siasatan mendapati ada kesan cetusan api daripada simbahan minyak kerosin di kawasan tingkap,” katanya.

Di lokasi kedua pula, Jalaluddin memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 1.30 petang ini tetapi percaya ia berlaku di awal pagi.

“Individu pertama menyedari kebakaran itu ialah seorang ustazah yang hendak mengajar di kelas agama surau itu kira-kira pukul 11 pagi,” katanya.

Katanya, kebakaran surau tersebut melibatkan bahagian pintu masuk ruang solat wanita dan antara yang musnah adalah sebahagian kecil permaidani dan langsir.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan botol pecah mengandungi minyak tanah yang telah dibaling ke pintu.

“Kebakaran yang turut mengakibatkan kesan jelaga hitam itu bagaimanapun terpadam dengan sendiri dan tidak merebak di sekitar surau berkenaan,” katanya.

Selain kebakaran tersebut, pihaknya turut menemui beberapa batu bata yang telah dibaling ke surau itu sehingga mengakibatkan sebuah tingkap pecah.

Jalaluddin memberitahu, punca sebenar kebakaran di kedua-dua surau itu masih disiasat oleh forensik dan setiap surau dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM300.

“Pihak polis akan menyiasat kaitan antara kedua-dua kejadian itu kerana modus operandi yang digunakan hampir sama. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers
%d bloggers like this: