Siri 2 : 4 Sifat orang yang beruntung


Empat sifat orang yang beruntung.

Manusia yang tidak merugikan masa dan umur mereka akan bersifat dengan sifat-sifat berikut. Sifat yang pertama ialah sifat keimanan kepada Allah swt. Sifat yang kedua pula sifat suka untuk berbuat amal kebajikan, manakala sifat ketiga dan keempat ialah sifat suka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Jadi disini kita perhatikan suratul-Asr ini mengemukankan kepada kita empat sifat orang-orang beriman yang berjaya lagi beroleh keuntungan. Mereka adalah orang-orang yang pandai memerah umur dan waktu mereka. Inilah sifat-sifat yang dimaksudkan tadi. Begitu juga susunannya di dalam al-Quran pun membawa erti yang tersirat.

Hikmat dimulakan dengan keimanan.

Sebagaimana yang kita maklumi sebentar tadi, sifat yang pertama bagi orang mukmin yang beruntung adalah sifat beriman kepada Allah swt. Jadi kenapa Allah letakkan sifat ini di tempat yang pertama dalam suratul-Asr.

Allah berfirman :

Maksudnya : Orang-orang yang beriman.

Allah swt memulakan dengan keimanan kerana ia merupakan suatu asas, asas inilah yang memberi motivasi untuk insan memerah umur mereka serta membuat satu program untuk menjaga masa emas mereka. Ia juga antara lain merupakan bahan yang mencukupkan keperluan seseorang itu untuk memerah umur mereka, seterusnya membimbing mereka di atas jalan yang benar.

Iman ini juga merupakan suatu syarat untuk Allah menerima amalan hamba-hambanya, Apabila sesuatu urusan ataupun tindakan yang tidak disertakan dengan keimanan yang sejati kepada Allah, maka tidak syak lagi Allah tidak akan menerima amalan demikian, sudah tentulah amalan yang dibuat tadi akan dilemparkan kembali kepada tuanya tanpa apa-apa penilaian maupun balasan yang baik.

Amal soleh hasil keimanan.

Allah swt seterusnya berfirman :

Maksudnya : Dan mereka yang beramal soleh.

Sifat kedua bagi mukmin yang beruntung ialah sifat suka berbuat amal soleh. Jikalau diperhatikan, Allah swt. meletakkan amal soleh ini selepas keimanan, hal ini demikian kerana amal soleh itu sendiri merupakan hasil daripada keimanan yang sejati lagi hakiki kepada Allah Rabbul Izati.

Perlu kita ketahui disini, amal soleh itu sendiri terlalu banyak dan fleksibel, ia meliputi kesemua cabang kehidupan yang sihat, malah meliputi kesemua jenis kebaikan. Disamping itu ia juga merangkumi setiap detik umur mukmin bermula dari saat balighnya hingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Amal soleh ini juga merupakan satu sifat yang terhasil daripada perahan umur itu sendiri, ianya dapat dihasilkan dengan merancang setiap detik yang dilalui. Perancangan ini terbahagi kepada perancangan harian, mingguan, seterusnya bulanan dan tahunan.

Apabila manusia merancang usia mereka, dengan itu terhasilah amal soleh, yang pastinya boleh dimanfaatkan oleh orang lain dan menguntungkan dirinya sendiri. Sifat yang terjadi hasil perahan masa dan usia ini menyerupai air hujan yang turun mencurah-curah dari langit hasil perahan awan. Firman Allah swt dalam suratun Naba’.

Mafhumnya : Dan Kami ( Allah swt. ) turunkan dari awan air yang banyak tercurah-curah. Supaya kami tumbuhkan dengannya biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. Juga kami suburkan taman-taman yang indah.

Tinggalkan komen

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 65.9K other subscribers