Ganjaran besar kumandang azan, solat jemaah saf pertama
AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika manusia mengetahui betapa besarnya pahala mengumandangkan azan dan duduk di saf pertama, pasti mereka tidak akan mampu mendapatkannya melainkan dengan cara mengundi, tentu mereka akan melakukan undian. Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang lebih awal untuk mengerjakan solat berjemaah, … Teruskan membaca
Ketaatan kepada manusia ada had
DARIPADA Ali (bin Abi Talib) katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan itu menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api berkenaan. Sebahagian anak buahnya sudah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api itu … Teruskan membaca
Solat tahajud kukuh iman, elak khianat
DARIPADA Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” Hadis riwayat al-Bukhari. Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga … Teruskan membaca
Berkongsi ilmu tanpa dengki dikira jihad
RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam. Allah … Teruskan membaca
Suka melepak perbuatan tercela
DARIPADA Abu Sai’d Al-Khudri, Nabi bersabda bermaksud: “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan. Jawab sahabat: Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal yang perlu. Sabda Rasulullah SAW: Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan. Mereka bertanya: Apa haknya, ya Rasulullah. Jawab Baginda: Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan … Teruskan membaca
Adab dan Sunat Hari raya
Dalam menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah yaitu hari raya Idul Fitri. Di sini dituliskan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini. 1. Membersihkan diri sebelum keluar … Teruskan membaca
FADHILAT BUAT JAMUAN BERBUKA
1. Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan – Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi – 2. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa … Teruskan membaca
Sabar, mujahadah lawan godaan syaitan
DARIPADA Aisyah, isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: Kerana itu aku cemburu kepada Baginda. Setelah Baginda kembali, dia memperhatikan tingkah lakuku dan Baginda bertanya: “Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah? Jawabku: Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya … Teruskan membaca
Kemusnahan akibat bencana timpa semua manusia
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya, baik yang pertama hingga yang terakhir. Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, pada hal di situ ada orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya? … Teruskan membaca
Bukti cinta Nabi Muhammad s.a.w
DIRIWAYATKAN daripada Umar bin al-Khattab, beliau berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah SAW berkata: Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata: Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih … Teruskan membaca