Rakyat lapar, Sayyidina Umar turut merasainya


Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 46)

Oleh NIK MUHAMMAD NASRI BIN NIK MALEK

UMAR al-Khattab pernah naik mimbar. Masyarakat ketika itu kelaparan. Beliau mendengar perutnya berbunyi. Beliau berkata kepada perutnya:
‘Berbunyilah sekehendak hati kamu mahu berbunyi. Kamu tidak akan rasa lemak dan daging hingga umat Muhamad kenyang memakannya.’

Daripada Abdul Rahman bin Abu, Bakar, daripada bapanya, katanya:
Dibawa kepada Umar al-Khattab roti dan minyak zaiton. Beliau memakannya dan menyapu perutnya. Katanya:
‘Demi Allah! Kamu akan hanya merasai roti dan minyak zaiton selama mana lemak dijual dengan mahal.’

Ibn Saad berkata: Iyad bin Khalifah berkata:
Aku lihat Umar pada tahun berlakunya kemarau, kulitnya hitam, sedangkan beliau berkulit putih, lelaki Arab, yang makan lemak dan yoghurt. Apabila orang ramai menjadi kurus, beliau tidak makan kedua-duanya. Lalu makan minyak zaiton hingga berubah warna kulitnya. Beliau lapar dan lebih dari itu lagi.

Tiga kisah ini hanyalah sebahagian dari beberapa banyak kisah Saidina Umar, pemimpin umat yang hebat, yang sanggup mengikat perutnya sendiri, merasai bersama kelaparan yang dihadapi oleh rakyat.

Tahap pengorbanan yang ditunjuk oleh Saidina Umar datang dari imannya yang kuat, kepimpinannya yang hebat, dan tindakan sungguh yang tidak dibuat-buat.

Dalam konteks semasa, mungkin kalau kita mahu meniru secara totok (kata orang Terengganu) atau secara total (kata orang putih) tindakan Umar, saya rasa sangat sukar. Tindakan Umar gred A plus.

Kalau kita dapat meniru sebahagian dari sifat Umar pun sudah cukup bagus. Pemimpin kerajaan pusat dan negeri Terengganu khususnya pernah memotong gaji beberapa bulan ketika pandemik Covid-19 berlaku sebelum ini yang menyebabkan lock down, ada yang hilang pekerjaan dan sebagainya.

Kerajaan, NGO dan pelbagai institusi membantu rakyat yang kesusahan akibat pandemik itu.

Ini hanyalah sebahagian dari usaha yang telah dibuat. Pengorbanan lebih besar barangkali diperlukan bagi merasai sama apa yang rakyat rasai.

Kalau mampu ikut Umar al-Khattab, silakan, tapi ia bukan suatu perkara yang mudah. Dapat tempias sedikit darinya pun, sudah cukup baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,630 other subscribers
%d bloggers like this: