Kefahaman agama bukan boleh diperoleh dari ‘hearsay’


INILAH yang selalu saya sampaikan kepada masyarakat. Dengar di radio sikit, di kedai makan sikit, borak-borak dengan kawan-kawan sikit, dapat di tepi padang sikit, dapat di kaca tv sikit. Semua yang sikit-sikit ini kita kumpul dan buat kesimpulan ‘inilah agama’. Kesimpulan itu ‘confirm’ salah.

Peraturan agama adalah peraturan yang termaktub dalam al-Quran dan Sunnah. Diperincikan oleh ulamak-ulamak sebagai rujukan umat setiap zaman. Dalam kitab-kitab tulisan mereka sama ada kitab jawi atau kitab Arab.

Kitab-kitab inilah yang perlu dipelajari oleh umat Islam untuk memahami agama kita sendiri. Belajar kitab bukan tanggungjawab ustaz. Belajar kitab tanggungjawab semua umat.

Ada banyak kesimpulan menyimpang yang dilakukan oleh mereka yang jahil.

“Pakai tudung pun, kalau hati jahat tak guna.”

“Saya tak solat takpe, janji perangai baik.”

“Kalau semua benda nak ikut agama, mundurlah kita.”

Senaraikanlah kalam-kalam kejahilan yang masih meniti di bibir umat Islam. Banyak lagi itu.

Agama bukan gurauan, bukan tekaan, bukan perkara yang boleh diabaikan. Ia satu sistem yang menyusun seluruh hidup manusia. Siapa mengikutinya selamat. Siapa menentangnya, tunggulah sehingga Allah melaksanakan hukuman-Nya.

Alhamdulillah masih berkesempatan ziarah sahabat-sahabat perjuangan petang kelmarin. Program bersambung dengan kuliah Maghrib Maal Hijrah dan diakhiri dengan latihan silat.

Lama tak melangkah, badan jadi keras dah.

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers
%d bloggers like this: