Teguran rakan buka hati dalami Islam


Hazira Ahmad Zaidi

TEGURAN seorang rakan yang memintanya berpakaian sopan akhirnya membuka hati gadis dari Kota Kinabalu, Sabah ini untuk mendalami seterusnya memeluk Islam, empat tahun lalu.

Nur Adelia Japri Abdullah, 23, berkata, pada mulanya dia sering berdebat mengenai aurat wanita dengan rakannya hingga mendorong dia mencari jawapan sebenar mengenai Islam menerusi bacaan buku-buku agama.

“Melalui pembacaan buku berkaitan Islam itu, sedikit demi sedikit saya mula memahaminya dan mendapat jawapan sebenar mengenai kepentingan menjaga aurat dalam kalangan orang Islam.

“Akhirnya, pada November 2013, saya nekad memeluk agama suci ini selepas beberapa kali ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya.

Menurutnya, kakaknya Nur Fatihah, 29, terlebih dulu diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama suci itu ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanapun, kakak tidak pernah memaksa saya untuk memeluk Islam kerana mahu saya lakukan dengan kerelaan sendiri,” katanya.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, selepas memeluk Islam, dia mengakui hanya mempelajari agama suci itu menerusi buku dan Internet menyebabkannya tidak dapat memahami secara mendalam terutama bacaan dalam solat.

“Berikutan itu, saya membuat keputusan belajar di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa pada 2015.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun di sini, saya menyedari Islam sangat indah sama ada dari sudut agama mahupun kehidupan seharian.

“Insya-Allah, selepas ini saya merancang menjadi pendakwah dengan membantu saudara baru lain mendalami Islam,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers
%d bloggers like this: