Bila ada jawatan, bersederhanalah


Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 39)

Oleh NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK


UMAR al-Khattab menulis surat kepada pegawainya, Abu Musa Al-Asyaari: Sampai berita kepada Amir al-Mukminin bahawa engkau dan keluarga engkau mempunyai pakaian, makanan dan kenderaan yang agak istimewa. Orang Islam yang lain tidak seperti itu. Jaga-jaga wahai hamba Allah, engkau jangan menjadi seperti binatang yang melalui sebuah lembah yang subur. Lalu, tidak ada keinginannya melainkan hanya mahu gemuk sahaja. Tumpuannya hanya mahu kenyang. Ketahuilah, seorang pegawai itu, dia juga akan kembali kepada Allah. Jika pekerja itu menyeleweng, nescaya menyelewenglah rakyatnya. Sesungguhnya, orang yang paling keji ialah rakyat menjadi jahat dengan sebabnya. (Huquq al-Insan, Muhammad al-Ghazali ms 79)

Umar al-Khattab sangat memberi perhatian kepada cara hidup pegawai-pegawainya. Apa sahaja perubahan yang berlaku, jika ia tidak baik, akan ditegur. Sikap ini sepatutnya ada kepada seorang pemimpin. Tanpa mengira apa sektor, bidang dan tempat, teguran mesti dibuat terhadap sebarang perubahan cara hidup yang diragui.

Makan-minum, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asasi manusia. Ia mesti diperolehi dengan cara halal dan digunakan juga dengan cara halal. Semuanya mesti dengan cara sederhana. Sebarang bentuk melampau pada makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan dilarang oleh syarak.

Jawatan pula adalah amanah yang mesti dilaksanakan. Pegawai kerajaan, terutama yang berjawatan tinggi perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahnya, termasuk kepada rakyat. Contoh itu melalui akhlak, juga antaranya melalui lifestyle, gaya hidupnya.

Apabila makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan sudah lebih hebat dari kebiasaan orangramai, ia mengundang fitnah. Dari mana datang sumber bentuk kehidupan yang agak mewah itu? Sebab itulah ia perlu dijaga.

Tidak salah ada rumah yang selesa dan kenderaan yang baik. Namun, ia perlu secara sederhana, padan dan patut. Kalau ahli rumah hanya ada tiga orang- suami, isteri, anak tunggal, apa perlunya rumah tiga tingkat dengan 20 bilik? Kalau kenderaan yang diguna dan diperlukan hanya dua buah yang agak selesa, mengapa perlu miliki hingga lima, enam buah kereta mewah yang hanya jadi perhiasan?

Justeru, nasihat dan ingatan Umar al-Khattab ini bukan hanya bermanfaat kepada Abu Musa Al-Asyaari, tetapi juga kita di akhir zaman ini, terutama kepada mereka yang ada jawatan yang agak tinggi dan besar. Bersederhanalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 58,185 other followers

%d bloggers like this: