Penghayatan Isra’ Mikraj


. Gambar batu tergantung Isra’ Mikraj Di Palestin

Kita sering berulangkali mendengar bagaimana perjalanan Israk dan Mikraj nabi tetapi jarang meneliti pengajaran dan simbolik daripada perjalanan ini. Semoga kita mendapat manfaat sedikit sebanyak daripada perkongsian ini.

Perlu ditegaskan bahawa perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu persoalan akidah yang wajib diiktikadkan oleh umat Islam.Ia merupakan perkara yang wajib diimani oleh seluruh umat Islam. Kedua-dua peristiwa Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis) dan Mikraj (Baitul Maqdis ke Sidrotul Muntaha) perlu diterima. Kita tidak boleh menerima satu peristiwa dan menolak peristiwa yang lainnya.

Kebelakangan ini kedengaran banyak suara-suara sumbang yang mempersoalkan perjalanan Israk dan Mikraj ini. Logik akal telah menguasai umat kini. Apa yang tidak kedengaran logik kepada akal ditolak. Perlu dipertegaskan bahawa perjalanan Nabi adalah melalui roh dan jasad sekali. Keraguan terhadap peristiwa ini boleh menyebabkan terbatalnya iman.

Dari satu sudut pengajaran yang tersirat adalah :-

i) Hadis Nabi :

“Kalaulah kamu dapat melihat apa yang aku lihat, hidup kamu akan berubah daripada ketawa sedikit kepada menangis banyak.”

– Ia adalah antara ucapan pertama yang diberitahu kepada sahabat selepas daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Ia menunjukkan betapa pentingnya apa yang diberitahu oleh Rasulullah Sallahu Alaih Wasalam tentang hal ini. Ia perlu dihayati dan kita perlu menghisab diri kita.

– Kita setiap hari akan ketawa, namun ketawa itu janganlah sampai melampaui batas kerana banyak ketawa itu mematikan hati.

– Hidup kita perlu berubah. Berapa kali dalam hidup kita, kita menangis kerana berasa gerun dan takut akan Allah. Juga menangis kerana risau akan apa yang menanti kita di kubu, titian sirat, padang Masyhar dan akhirat nanti. Betapa diri kita ini terlalu banyak dosa dan penderhakaan kepada Allah.
– Mungkin kita tidak pernah menyedari bahawa tangisan jenis ini tidak pernah ada dalam hidup kita. Malah mungkin kita tidak pernah menangis sekalipun apabila didengarkan dengan ayat-ayat Allah. Malah jarang sekali kita mendengar ayat-ayat Allah di radio, sudah pasti ditukarkan dengan lagu-lagu hiburan yang terkini.
– Orang-orang yang beriman hanya ketawa besar pada hari akhirat nanti apabila mereka mendapat suratan amalan pada tangan kanan. Pada masa itulah mereka kembali kepada keluarga mereka dan bergelak ketawa kerana telah mendapat kemenangan yang besar.
– Orang yang tidak beriman sudah ketawa besar di dunia. Oleh itu tiada apa lagi yang tinggal kepada mereka di akhirat nanti.
– Adakah kita pernah menangis di dalam solat, apabila ayat Al-Quran dibacakan kepada kita. Ini menunjukkan betapa hati kita telah menjadi keras.
– Gunakanlah ramadhan yang mana ia merupakan bulan yang dipenuhi dengan tangisan oleh sahabat-sahabat Rasulullah Sallahualaih Wasalam.
2) Israk dan Mikraj merupakan suatu perjalanan untuk mengadap Allah S.w.t
– di dunia ini juga kita sedang dalam proses untuk menghadap Allah.
– Nikmat yang terbesar di akhirat adalah melihat zat Allah. Ia hanya boleh diperolehi oleh penghuni
syurga sahaja.
– Oleh itu apakah bekalan yang dibawa oleh kita semasa mengadap Allah nanti. Apakah telah siap
amalan dan bekalan dengan masa yang diberikan oleh Allah.
– Apakah persiapan kita terhadap akidah, syariat, perjuangan, anak yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sebagainya.
– Sakit adalah merupakan peringatan dari Allah.
– Hidup ini perhentiannya adalah untuk menghadap Allah.
– Roh kita juga akan mengalami perjalanan yang dilakukan oleh nabi apabila sampai masanya.
Dengan diuruskan oleh malaikat, roh kita akan naik ke langit pertama sehinggalah ke -7.
3) Perjalanan dimulakan dengan proses pembersihan hati terlebih dahulu.

Semasa nabi di Baitullah, dada nabi telah dibelah dan diisi dengan 3 perkara: ilmu, iman dan hikmah. Ia merupakan perkara yang menjadi mukjizat nabi. Begitu juga dengan kita, sebelum memulakan perjalanan, proses pembersihan hati perlu dilakukan terlebih dahulu. Di sinilah kita perlu mengetahui cara dan kaedah pembersihan hati. Untuk menghadap Allah, perlu kembali dengan hati yang bersih.

i) pembersihan akidah

Bersih dari syirik, kufur, munafik dan nifa’ serta perkara-perkara yang membatalkan iman, syahadah, islam dan akidah.

ii) Pembersihan diri dari dosa-dosa besar dan kecil(pembersihan syariah).

Dosa besar memerlukan kepada taubat nasuha, sementara dosa kecil dengan istighfar.

iii) Pembersihan akhlak/ tasawwuf

membersihkan diri dari sifat-sifat nafsu mazmumah – takabur, ujub dan riak

menanamkan sifat-sifat mahmudah

tidak akan masuk syurga jika kita masih memiliki sifat takabur walau sebesar zarah

(Tambahan) Akhir-akhir ini kita mendengar banyak-banyak perkara sumbang yang menolak thariqah dan tassawuf ini. Ini kerana banyak Tariqah yang dikatakan sesat walhal banyak tariqah yang muktabar masih lagi terdapat di luar sana. Rujuklah kepada alim ulama kita. Janganlah kita tergolong orang yang rugi dan buta hati dan hanya menyedari kerugian tersebut setelah kita mati.

4) Perjalanan Rasulullah dihalang/ dikacau serta cuba disesatkan dari 4 penjuru. Melalui 4 peristiwa berikut:

i) Syaitan yang mengejar dari arah belakang bersama obor api

ii) Wanita cantik dengan tubuh yang dibalut dengan perhiasan dari hadapan (dunia dan isinya – harta, pangkat, jawatan)

iii) Suara dari sebelah kanan (Yahudi)

iv) Suara dari sebelah kiri (Nasrani)

Nabi dikepong daripada 4 penjuru. Depan, belakang, kiri dan kanan. Begitu juga perjalanan hidup kita ini untuk menuju ke jalan yang lurus. Namun, dalam perjalanan itu kita dikepong dari 4 penjuru. Syaitan yang menjadi musuh nyata kepada manusia sentiasa mencari peluang setiap masa dan ketika untuk menyesatkan kita. Ia sentiasa berbisik kepada hati dan nafsu untuk mengalakkan kita melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah.

Dunia pula merupakan sebuah tempat yang indah dan cantik. Ia sentiasa menggoda kita untuk mencintainya dan melupakan akhirat yang merupakan tempat yang kekal dan abadi.

Hollywood, bollywood dan lain-lain hiburan pula merupakan media yang dikuasai oleh Yahudi yang berperanan besar menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Persoalannya, adakah kita mempunyai ruang dan peluang untuk melepaskan diri daripada serangan 4 penjuru ini? Lalu hanya 2 penjuru yang tertinggal kepada kita untuk menyelamatkan dari serangan-serangan ini iaitu dari penjuru atas dan bawah.

Ia membawa maksud penjuru bawah adalah supaya kita sentiasa sujud dan mengingati Allah sentiasa. Dari bahagian atas pula kita perlu sentiasa mengangkat tangan memohon hidayah, doa dan keampunan daripada Allah. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhainya.

5) Perjalanan dimulakan dari dua tempat suci umat Islam iaitu Tanah Haram – Mekah dan Baitul Maqdis
Kita mengetahui bahawa Baitul Maqdis sedang dikuasai dan dijajah oleh kaum Yahudi Zionis dan wajib dibebaskan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap umat Islam. Ini kerana ia merupakan sebuah tempat yang suci dan wajib dipelihara.
Nifsu Syaaban yang disambut umat Islam setiap tahun merupakan hari pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis kepada Masjidil Haram. Walaupun demikian ia merupakan kiblat pertama umat Islam.

Cara untuk mengembalikan Palestin adalah dengan memenangkan perjuangan Islam di setiap tempat. Dengan itu barulah khalifah Islamiah boleh diwujudkan kembali. Mahu atau tidak usaha dakwah ini perlu didukung oleh setiap umat Islam. Usaha untuk memenangkan Islam perlulah dipertingkatkan dan didokong oleh setiap umat Islam.

Simbolik bagi bendera Israel

Dua garisan pada bendera Israel merupakan sempadan dari Sg Nil sehingga sungai Qura’ dan Dajlah di Iraq.Ia merupakan perancangan besar Yahudi Zionis untuk membentuk sebuah negara Israel. Oleh itu, matlamat utama mereka adalah untuk menguasai seluruh negara Arab. Penjajahan Palestin kita hanyalah sebahagian usaha mereka untuk menguasai tempat yang lebih besar. Mahu tidak mahu umat Islam perlu berusaha untuk melahirkan Sallahuddin Al-Ayubi yang kedua. Dengan demikian, Israk dan Mikraj bukan sekadar cerita semata-mata tetapi memerlukan kepada pengamalan.

Comments
One Response to “Penghayatan Isra’ Mikraj”
  1. SYAH berkata:

    aLHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ATAS PENGKONGSIAN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers
%d bloggers like this: