WASIAT IMAM ABU SULAIMAN AD-DARANI


1. Tidak patut seseorang yang diilhamkan dengan sesuatu yang baik terus melakukannya sehinggalah dia mendengarnya(sesuatu yang diilham) terdapat pada mana-mana hadis Rasulullah S.A.W. Apabila dia telah mendengarnya terdapat pada mana-mana hadis maka beramallah dengannya. Ucapkanlah Alhamdulillah tanda syukur di atas apa yang telah disepakati daripada sesuatu yang telah terdetik di hatinya.

2. Sesiapa yang mempercayai sepenuh hati kepada Allah pada rezekinya maka ditambah pada keelokan akhlaknya, dijauhkan daripada angan-angan, bersungguh-sungguh pada dirinya dalam mencari nafkahnya dan dikurangkan perasaan was-was dalam solatnya.

3. Sesiapa yang bersangka baik pada Allah kemudian dia tidak merasai takut kepada Allah maka dia sebenarnya pengkhianat.

4. Sesiapa yang melihat pada dirinya bernilai maka dia tidak akan merasai kelazatan dalam berkhidmat.

5. Telah berkata Luqman kepada anaknya : Wahai anakku! jangan kamu masuk ke dalam urusan dunia dalam keadaan kemasukanmu itu akan memberi kesan kepada akhiratmu. Jangan pula kamu meninggalkannya (urusan dunia) dalam keadaan peninggalanmu itu akan memberi bebanan yang berat kepada manusia yang lain.

6. Apakah sesuatu yang akan menambahkan kefasikan ke atasmu?. Apabila kamu merasa begitu kuat keinginan pada sesuatu maka kamu terus memakannya.

7. Tidak ada yang lebih disukai oleh mereka yang bertaqwa untuk terus kekal dalam dunia ini melainkan untuk mereka patuh padaNya dalamnya.

8. Tidak akan memisahkan perasaan takut (pada Allah) akan hati melainkan fasad.

9. Sepatutnya bagi hati tidak dikuasai oleh sesuatu melainkan perasaan takut(kepada Allah). Sesungguhnya apabila perasaan begitu berharap (raja’) telah menguasai hati nescaya akan rosaklah hati.

10. Apabila telah datang dunia dalam hati nescaya akan hilang akhirat daripadanya. Apabila telah ada dunia dalam hati maka tidak akan datang akhirat untuk menyelamatkan hati kerana dunia itu keji sedangkan akhirat itu mulia

11. Setiap mereka yang merasakan pada suatu yang dilakukan secara sukarela begitu senang di hati maka apabila datangnya masa fardhu sedangkan dia tidak berhenti daripada meneruskan kerja sukarela yang disukainya tadi. Ketika ini dia telah dikhianati oleh kerja sukarela itu.

12. Orang yang benar-benar zuhud (tidak terpesona dengan dunia) tidak akan mencela dunia dan tidak pula memujinya serta tidak memandangnya. Dia tidak merasa terlalu gembira apabila memperolehinya dan pula merasa sedih apabila dunia itu hilang daripadanya.

13. Biasakan mata-matamu dengan tangisan dan hati-hatimu dengan berfikir

14. Sesiapa yang mana hari ini sama dengan hari semalam maka dia merupakan orang yang rugi.

15. Tidak pelik bagi sesiapa yang tidak mendapat kelazatan dalam ketaatan tetapi yang pelik adalah sesiapa yang mendapat kelazatannya(taat) kemdian dia meninggalkannya(taat). Bagaimanakah dia bersabar daripadanya?

16. Apabila aku teringat tentang kesalahanku maka aku tidak suka kepada kematian seraya berkata : Kekalkanku agar aku dapat bertaubat.

17. Daripada perkara yang mustahil jika seseorang itu merasai kelazatan taat sedangkan dia makan syahwat.

18. Sesiapa yang meninggal dunia kerana akhirat nescaya dia untung kedua-duanya dan sesiapa yang meninggal akhirat kerana dunia maka dia rugi kedua-duanya.

19. Apabila seseorang hamba merasa malu kepada Allah maka telah sempurnalah kebaikan.

20. Semulia-mulia amalan itu ialah menyalahi kehendak hawa nafsu.

21. Demi Allah! Kita tidak bersabar atas apa yang kita sukai maka bagaimana kita boleh bersabar dengan apa yang kita benci?

22. Apabila perasaan takut bersemi dalam hati nescaya akan terbakar syahwat dan terbuang lupa(Allah) daripada hati.

23. Tidak luput seseorang solat  berjemaah melainkan dia akan menanggung dosa(tinggal solat berjemaah).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,123 other subscribers
%d bloggers like this: