Kunci Pintu Zina
4. Pakaian di luar rumah
Firman Allah dalam ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud : Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya dan hendaklah mereka itu menghulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka
Islam merupakan agama fitrah yang begitu bersesuaian dengan manusia tanpa mengira tempat dan masa. Islam merupakan suatu agama yang mudah dan tidak membebankan. Cuma yang menjadi masalahnya ialah sikap umatnya dalam tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah dan menjauhi segala laranganNya di mana bagi hamba Allah yang taat maka mereka tidak merasa berat untuk mematuhinya manakala umatnya yang degil sentiasa merasakan bahawa Islam itu mengongkong kebebasan mereka.
Kedegilan dalam mematuhi penutupan aurat atau cara berpakaian yang mengikut lunas Islam bergantung kepada tahap keilmuan tentang takrif aurat yang sebenar kerana ramai di kalangan umat Islam hanya tutup sekadar rambut sedangkan badan terus terbuka. Kedua daripada ilmu berpindah kepada sifat patuh terhadap arahan penutupan aurat berdasarkan kepada tahap keimanan dan kepatuhan terhadap ajaran Islam di mana ada yang sanggup bermatian mempertahankan aurat, ada yang buat sambil lewa dan ada yang menentangnya.
Ketiganya kerana umat Islam terkeliru antara tuntutan wahyu dengan hasutan nafsu sehingga mereka sanggup gadai maruah untuk mengejar glamour dan menunjuk-nunjuk kecantikan badan untuk dipertontonkan sebagaimana sikap binatang yang menunjukkan betapa cantik dan segarnya badan mereka untuk menarik pembeli. Apabila manusia hilang rasa malunya maka mereka menjadi haiwan yang suka bertelanjang daripada menutup auratnya. Aurat dan kehormatan dirasakan boleh membeli dunia sehingga mereka sanggup menggadainya sehingga mereka termasuk umat yang rugi di dunia dan akhirat.
Jika dulu ramai yang tidak cukup bahan untuk membuat pakaian atau wang untuk menutup badan dengan sempurna tetapi kini bahan tersebut dan wang bukan menjadi masalah tetapi yang menjadi masalahnya ialah kurangnya iman menyebabkan semakin seksi pakaian maka semakin tinggi nilainya. Selagi membuka aurat menjadi budaya dan tidak dianggap suatu jenayah besar serta tiada undang-undang keras dalam membendungnya maka pintu zina ini terus terbuka untuk dimasuki bila-bila masa sahaja tanpa sekatan.Oleh iyu hargailah aurat dan maruah kita agar keburukan kita ditutup oleh Allah di dunia dan akhirat.
Petikan :1. Al-Quran al-Karim
2. Buletin UPKN, Muharram-Sofar 1424, Bil. 01
Assalamualiakum, saya ingin mendapat artikal ini bermula dari siri satu hingga tiga. terima kasih