SUMBANG MAHRAM
Siri Pertama
Definasi
Sumbang Mahram boleh didefinasikan sebagai perogolan yang dibuat diluar pernikahan sama ada dengan cara paksaan atau kerelaan sesama yang terlibat, tetapi yang membezakan sumbang mahram dengan kes rogol yang biasa ialah perogolan yang berlaku antara sesama yang terbabit mempunyai pertalian keluarga samada pertalian dekat atau jauh.
Dengan maksud yang lebih dekat lagi sumbang mahram ialah pencabulan maruah keatas diri seseorang itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengab si pelakunya.Perkara ini biasa berlaku keatas wanita seperti anak kandung, anak tiri, anak saudara, adik beradik dan ini biasa di lakukan oleh lelaki yang mempunyai pertalian dengan mereka seperti bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara, abang kandung, dan lain-lain lagi.
Bak kata pepatah melayu “haruan makan anak”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi” dan istilah ini memang bertepatan dengan sumbang mahram ini.Ia menyifatkan seseorang itu tidak boleh diharapkan untuk menjaga seseorang.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 23 :
حرمت عليكم أمهتكم وبناتكم وأخوتكم وعمتكم وخلتكم وبنات الأخ وبنات الأخت وأمهتكم التي أرضعنكم وأخوتكم من الر ضعة ومهت نساء كم وربئبكم التي في حجوركم من نسائكم التي دخلتم بهن فلا جناح عليكم وحلئل أبنا ئكم الدين من أصلبكم وأنتجمعوا بينالأختين الا ما قد سلف, ان الله كان غفورا رحيما.
Maksudnya : Diharamkah kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-nak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyususkan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu ( dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan haramkan kamu meghimpun dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu.Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKU SUMBANG MAHRAM
Faktor dalaman
Lemah iman
Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali.Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit “al-wahan” iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati. Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong.
Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya dineraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan diantara kebaikan dan keburukan dan diantara kebenaran dan kebatilan.
PAKAIAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT (MENGGHAIRAHKAN) SEMASA BERADA DI RUMAH
Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah al-‘A’araf :
فلا ربنا ظلمنا أنفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين.
Maksudnya : Mereka berdua merayu; “wahai tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami, dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu,.Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.
KESAN
Kesan Kepada Individu terbabit.
Anak yang diperkosa oleh keluarga terdekat tentu ia mempunyai kesan psikologi yang tinggi.Perasaan benci akan tumbuh di hatinya manakala perasaan hormatnya akan hilang terhadap kaum kerabat yang melakukan perbuatan tersebut.Malah mungkin mengalami gangguan psikologi atau tekanan jiwa. Kepercayaan terhadap keluarga tertentu terutama ahli keluarga yang melakukan perbuatan aniaya akan musnah.
Dia pasti akan merasa rendah diri dan merasa tiada harga diri lagi di sisi masyarakat. Malah anaknya yang baru belasan tahun bila usia remaja akan mudah terjerumus dirinya kepada gejala yang tidak sihat kerana terasa maruah diri sudah tiada lagi. Akhirnya mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat, takut untuk menghadapi masa serta tidak yakin pada diri sendiri.
Kesan kepada Keluarga
Hubungan kekeluargaan akan retak dan boleh menimbulkan kepincangan didalam rumahtangga. Bila berlaku keretakan didalam rumahtangga atau hubungan kekeluargaan sudah tidak dapat dieratkan lagi. Kesannya kepada masyarakat sangat terasa. Bagaimanakah masyarakat penyanyang akan dapat dilahirkan dengan kejadian begini.??
Lebih-lebih lagi anak-anak ini akan menyimpan perasaan dendam terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya.Mereka akan susah untuk mendidik dan diberi teguran malah bila ini dilakukan oleh ahli keluarga terdekat perasaan sayang dan harapan kepada keluarga sebagai tempat pergantungan terus hilang.
Anak-anak sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya dari ahli keluarga terdekat saperti ayah kandung, Ayah tiri, Bapa saudara, emak, emak saudara.Tetapi ia tidak berlaku demikian, orang yang diharapkan pula menganiayainya. ”Harapkan pagar, pagar makan padi”. Mereka pasti mempunyai kenangan hidup yang sangat pahit untuk disimpan
Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, Al-Qiamah al-Sughra, Dar al-Nafais, cet. ketujuh 1997
3. Majalah Tamadun