Wasiat Tok Kenali


KOLEKSI KHAZANAH MELAYU LAKSANA STAMAN Dikarang oleh :
Muhammad Yusuf Bin Soleh Al-Kelantani,
Kota Bharu, Kelantan. 
  Terbitan : Mustafa Press, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 24 Rejab 1374 bersamaan 29 Mac 1954
 
31) TAWARIKH KEMATIAN ORANG BESAR-BESAR NEGERI 1. Kematian orang kaya Indera Guru Terengganu. Orang kaya Indera Guru Mufti kerajaan Terengganu kembali ke rahmatullah Taala pada malam ahad 26 Rejab 1350 bersamaan 6 Disember 1931, mati di Terengganu, umurnya di dalam 72 tahun. Nama tubuhnya Haji Wan Soleh B. Ismail. 2. Kematian Dato’ Abdullah Johor Dato’ Abdullah B. Ja’afar bekas Menteri Besar Johor kembali ke rahmatullah Taala pada sabtu 14 Muharram 1953 bersamaan 28.4.34 . Mati di rumahnya di Siglap Singapura. Allahyarham Dato’ Abdullah ini jadi Menteri Besar Johor daripada tahun 1922 sampai tahun 1928 berhentinya. 3. Kematian Dato’ Abdul Hamid Johor Dato’ Abdul Hamid B. Yusuf menteri besar Johor kembali ke rahmatullah Taala pada hari Jumaat 22 Ramadhan 1353 bersamaan 28 Disember 1934, mati di Johor. Allahyarham Dato’ ini jadi Menteri Besar Johor dari tahun 1931 sehingga habis hayatnya. 4. Kematian Dato’ Seri Andika Diraja Terengganu Dato’ Seri Andika Diraja kembali ke rahmatullah Taala pada hari Jumaat 23 Jamadil Awal 1359 bersamaan 28 Jun 1940 waktu pukul 10 pagi, habis hayatnya di Terengganu. Allahyarham Dato’ ini nama tubuhnya Al-Haj Ngah B. Muhammad Yusuf. 32) PERBAHASAAN SIA-SIA. Adalah setengah daripada perbahasaan seperti tutur kata atau kelakuan yang sia-sia itu demikiannya :- Pertama – Marah atau sombong kepada orang yang tiada takut atau malu ke kita. Kedua – Merajuk kepada orang yang tiada kasih sayang ke kita. Ketiga – Menangis kepada orang yang tak kasihan ke kita. Keempat – Meminta kepada orang yang tiada daya upaya atau tiada jalannya pada menghasilkan permintaan kita.

33) ALAMAT EMPAT
1) Bukan ahli kebajikan
2) Pembohong
3) Kurang pandai dan sedikit pengetahuan
4) Tak cukup berani Adalah boleh dikatakan sebahagian daripada alamat-alamat pada mengenal manusia atas jalan empat bilangan itu demikiannya :- Jikalau orang itu mengaku mudah pada sesuatu kebajikan, alamat ia bukan sebenar ahli kebajikan atau ia orang yang semakin terhindar daripadanya. Jikalau orang itu seumpama pemergiannya kadar sesuku batu, pandangannya tiga empat batu, alamat ia pembohong. Jikalau orang itu banyak percakapan atau panjang tulisan, pada hal sedikit atau tidak berpadanan kehendak atau bukunya, alamat ia kurang pandai dan sedikit pengetahuan. Jikalau orang itu suka menakut-nakut orang kepadanya atau suka menjelak-jelak, alamat ia tak cukup berani.
34) TIMBANG RASA Setengah daripada perkara yang menjadi timbang rasa itu, empat kehendak-kehendak larangan seperti ini :- 1) Jangan tamak atau loba di antara sama manusia. 2) Jangan dengki mendengki. 3) Jangan aniaya atau khianat. 4) Jangan membiarkan kesusahan atau kedukaan yang wajib atau yang harus ditolong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,123 other subscribers
%d bloggers like this: