Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah


Oleh NAZMI TAUFEK

Amalan terbaik dalam bulan Zulhijjah adalah menunaikan haji sama ada dengan menaiki kapal terbang, kapal laut mahu pun melalui jalan darat.

DARIPADA Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu ‘Umar r.a bahawa baginda SAW bersabda: Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”. (riwayat Ahmad)

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Nabi Muhamad SAW bersabda: Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah.

Berdasarkan kepada hadis di atas, Zulhijjah merupakan bulan yang perlu dipenuhkan dengan amalan kebaikan supaya hidup kita mendapat keberkatan.

Selain itu, di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, beberapa peristiwa telah dilakarkan di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam.

Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhuwah umat di dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: