Siapa Imam Mahdi


Siri Pertama

 

Dunia hari ini penuh dengan pembunuhan dan penindasan bagaikan tiada jalan penyelesaian. Dunia hampir hancur dan rosak binasa disebabkan oleh tangan jahat yang penuh noda dan dosa. Keadaan dunia yang kacau bilau menginsafkan kita betapa hampirnya kepada hari qiamat. Dunia bagaikan hanya menunggu waktu untuk timbul dan munculnya satu persatu tanda qiamat yang terbesar iaitu bermula dengan munculnya Imam Mahdi diikuti dengan kedatangan dajjal dan diakhiri dengan turunnya nabi Isa. Di sini suka dikupaskan secara ringkas mengenai tanda-tanda qiamat sebagaimana tersebut untuk renungan kita bersama.

 

KEDUDUKAN HADIS TENTANG IMAM MAHDI

 

Hadis mengenai imam Mahdi adalah hadis mutawatir di mana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walau pun dalam sohih Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang imam Mahdi secara terang di mana ia hanya disebut sebagai imam, pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang imam Mahdi melalui hadis sohih dengan sanad yang sohih.

 

a. Contoh hadis daripada sohih Muslim yang tidak menyebut imam Mahdi secara jelas

 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

لاتزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة . قال : فينزل عيسى بن مريم صلى الله عليه وسلم فيقول أميرهم : تعال صل لنا . فيقول : لا . إن بعضكم على بعض أمراء تكرمة الله هذه الأمة

Maksudnya : Sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan kebenaran secara berterus terang sehingga hari qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin Maryam maka berkatalah pemimpin daripada kalangan mereka (imam Mahdi) : Silalah bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin sebagai suatu penghormatan terhadap umat ini.

 

b. Contoh hadis yang terang menyebut nama Mahdi

 

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

يكون فى أمتي المهدي إن طال عمره أو قصر عاش سبع سنين أو ثمان سنين أو تسع سنين يملأ الأرض قسطا وعدلا تخرج الأرض نباتها وتمطر السماء قطرها

Maksudnya : Akan lahir dalam umatku Mahdi sekiranya dipanjangkan umurnya atau pendek maka beliau akan hidup selama tujuh atau lapan atau sembilan tahun di mana akan dilimpahi muka bumi ini kesaksamaan dan keadilan, keluar tumbuh-tumbuhan daripada bumi dan turunnya hujan dari langit

 

 

NAMA SEBENAR IMAM MAHDI  & KETURUNANNYA MENGIKUT HADIS

 

Nama sebenar imam Mahdi ialah sama seperti nama nabi Muhammad s.a.w iaitu Muhammad bin Abdullah daripada keturunan Rasulullah s.a.w melalui susur galur Siti Fatimah dan Sayyidina Ali di mana kebanyakan ulama’ mengatakan melalui nasab Sayyidina Hasan walau pun ada juga yang mengatakan daripada nasab Sayyidina Husin

 

a.     Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim daripada Ummu Salamah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

المهدي من عترتي من ولد فاطمة

         Maksudnya : Mahdi daripada keturunanku daripada anak Sayyidatina Fatimah

 

ANTARA SEBAB KEMUNCULAN IMAM MAHDI

 

         Antara sebab munculnya imam Mahdi berdasarkan kepada beberapa hadis nabi di mana beliau muncul ketika dunia rosak dan penuh dengan kehancuran serta kezaliman. Oleh itu Allah mendatangkan imam Mahdi sebagai seorang pemimpin yang adil dan saksama sehingga keadilan dan keamanan dapat diraih kembali.

         Melalui hadis juga bagaimana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa imam Mahdi turut berhadapan dengan dajjal di mana kedatangannya menyebabkan dunia yang aman kembali huru hara dan penuh dengan fitnah yang menggugat keimanan. Imam Mahdi sendiri tidak mampu berhadapan dengan dajjal melainkan dengan turunnya nabi Isa

KEADAAN KETIKA MUNCULNYA IMAM MAHDI

 

         Menurut ulama’ bahawa imam Mahdi akan muncul antara Ka’abah dan Makam Ibrahim di Mekah. Beliau akan di bai’ah atau janji taat setia oleh 313 orang iaitu sama jumlah dengan bilangan tentera Islam yang terkorban syahid dalam  peperangan Badar al-Kubra. Kemudian para muslimin yang lain akan turut memberi bai’ah kepada beliau. Beliau akan mentadbir bumi yang dulunya penuh dengan peperangan dan kezaliman kepada keamanan dan keadilan.

 

Bersambung dengan kisah Dajjal


Rujukan :1. Kuliah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Mengenai Imam Mahdi
2. Dr Abdul ‘Alim Abdul ‘Azim al-Bastawi, al-Mahdi al-Muntazor, Maktabah Makkiah, cetakan pertama 19992. 

3. Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, al-Qiamah al-Syughra 1, Dar al-Nafais, cetakan ketujuh 1997

Comments
3 Responses to “Siapa Imam Mahdi”
  1. fatimah berkata:

    saya ingin kepastian.. saya seorg pelajr dari jordan, saya ada belajr mengenai hadis2 sohihain, namun apa yg dijelaskan oleh doktor saya, Dr Hawa(seorg ulama hadis) mengatakan hadis imam mahdi adalah tidak sohih. yang sohih hanyalah kemunculan dajjal dan Isa al-masih. syukran,

    • Rina Irawati berkata:

      Imam Mahdi yang sesungguhnya itu adalah Nabi Isa as. Dan dajjal adalah sifat manusia yang lebih jahat daripada iblis. Sifat manusia itu bisa lebih baik daripada Malaikat dan bisa lebih jahat daripada iblis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: