WASIAT IBNU ALWI HADDAD HUSAINI


1. Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri ” Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat”.

2. Dunia yang terpuji : apabila ia membawa kepada melakukan kebaikan atau pun menjauhkan kita daripada melakukan kejahatan.

Dunia yang diharuskan : apabila ia tidak menyebabkan kita meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah dan juga tidak melakukan perkara yang ditegah.

Dunia yang keji mengikut pandangan Kitab dan Sunnah  : apabila ia menyebabkan kita meninggalkan segala ketaatan atau pun membawa kepada melakukan maksiat.

3. Tidak sampai hakikat iman seorang hamba sehinggalah dia mampu merasakan ketika berhubung dengan Allah sebagaimana apa yang dirasai oleh mereka yang mengikut hawa nafsu daripada kelazatan dan kemanisan.

4. Tidak sabit sesuatu dakwaan itu dengan percakapan sehinggalah ia mampu disabitkan dengan secara terang melalui perbuatan dan amalan.

5. Sejahat-jahat orang miskin ialah mereka yang berangan-angan bahawa dia merupakan seorang kaya dan sebaik-baik orang kaya itu ialah mereka yang membenci daripada menjadi miskin.

6. Tidak sempurna keadaan seorang pendakwah kepada Allah sehinggalah percakapan dan perbuatannya menjadi hujah kepada seluruh orang mukmin.

7. Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu.

8. Agar sukar untuk melalui jalan kejayaan bagi mereka yang ditewaskan hati mereka oleh cinta kepada harta dan takhta.

9. Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,633 other subscribers
%d bloggers like this: