Semai akhlak mulia dalam diri


Syafiq Salleh

UMAT Islam adalah duta kecil yang membawa nama Islam ke mana-mana sahaja. Orang yang beramal dengan Islam juga mempamerkan kesucian agama itu yang turut akan dilihat oleh orang lain.

Melalui kepentingan akhlak keperibadian itu, Ustaz Rusydi Al-Jauhari menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm pada Rabu lalu, membincangkan topik ‘Akhlak Cerminan Agama.’

Agama mempunyai beberapa asas tertentu iaitu akidah, syariat dan akhlak. Akhlak dari sudut bahasa membawa pengertian ad-Deen iaitu cara hidup yang meliputi setiap aspek kehidupan.

Agama dari sudut bahasa Sanskrit bermaksud ‘tidak kacau.’ Agama dan akhlak tidak dapat dipisahkan di mana pengertiannya yang lebih jelas adalah apabila seseorang yang beragama (Islam) dan berakhlak, mereka tidak akan mengganggu orang lain.

Akhlak baik, jiwa tenang

Jika akhlak baik dipelihara dan diamalkan oleh umat Islam, seluruh manusia akan memiliki jiwa tenang, kehidupan aman.https://c1f24108b0c9a2f21a272dbbf8449fa1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Akhlak adalah sifat dalaman seseorang di mana ia menunjukkan kebaikan ataupun keburukan.

Kesinambungan daripada istilah akhlak adalah sebuah kehormatan. Jika diteliti pada maksud maruah itu, ia adalah sesuatu yang diperlihatkan kepada orang lain berdasarkan sifat dan amalannya.

Rasulullah SAW menyebut yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk memuliakan akhlak manusia.” (Riwayat Bukhari)

Kehadiran Rasulullah SAW menyampaikan agama Islam dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan adalah suatu anugerah Allah SWT untuk membentuk sebuah agama yang mempunyai umat berakhlak mulia.

Allah SWT mengingatkan juga umat Islam dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Rusydi memberitahu bahawa berdasarkan kitab Syamail Muhammadiyah, Rasulullah SAW memiliki sifat yang tidak akan membalas perbuatan buruk daripada orang lain walaupun perbuatan buruk dilakukan terhadap peribadi Baginda sendiri. Baginda adalah seorang yang bersifat pemaaf.

Bagaimanapun, jika sesuatu itu berkaitan dengan hukum agama Islam, Baginda akan lebih tegas dan marah sekiranya tidak mentaati perintah Allah SWT.

Individu Muslim patut memiliki akhlak mulia seperti Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW, beliau menjawab: “Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW, pada suatu ketika seorang Arab Badwi menarik rida (selendang) Rasulullah SAW yang diperbuat daripada kain yang kasar sehingga meninggalkan kesan di leher Baginda.

Orang Arab Badwi itu juga mengatakan kepada Baginda berikan padaku harta yang bukan daripada harta ibu dan ayahmu yakni harta daripada Allah SWT yang telah diberikan kepadamu.

Kebaikan balas kejahatan

Susulan sikap orang Arab Badwi itu yang berkelakuan kurang sopan dan biadab, Rasulullah SAW tidak sama sekali membalas dengan perkara yang tidak baik malah Baginda memberikan hadiah dua guni gandum buat orang Arab Badwi itu.

Disebutkan bahawa ada riwayat yang menyebut Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya Allah mengadabkan aku dan memperelokkan adabku.”

Walaupun sesetengah ahli hadis ada yang berpandangan hadis ini lemah, namun dari segi maknanya benar kerana akhlak dan adab adalah unsur penting dalam pendidikan dan selari dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya pada dirimu (Muhammad) memiliki akhlak yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)

Rusydi turut memberikan contoh rujukan kisah akhlak Rasulullah SAW di mana apabila Baginda selalu keluar beribadah di masjid, terdapat seorang perempuan Yahudi sering meletakkan duri dan najis dalam perjalanan Baginda.

Rasulullah SAW tidak membalas perbuatan tersebut, malah turut menyucikan najis tersebut. Sehinggalah suatu hari Rasulullah SAW hairan kerana tiada lagi halangan dan najis diletakkan ketika perjalanan Baginda.

Lantas Rasulullah SAW pergi menziarah perempuan Yahudi itu dan mendapati perempuan tersebut tidak sihat (sakit). Rasulullah SAW turut memberinya makanan. Terpikat sifat mulia Rasulullah, perempuan Yahudi itu memeluk Islam dan mengikuti amalan mulia yang diamalkan oleh Baginda.

Orang yang mempunyai ciri Mukmin sebenar adalah orang yang mempunyai perwatakan akhlak kehidupannya yang baik mengikut syariat Islam. Takwa dalam setiap amalan dan perbuatan di dunia adalah cerminan di akhirat nanti yang juga mempamerkan sebuah kebaikan agama Islam untuk melahirkan ummah yang soleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,633 other subscribers
%d bloggers like this: