Risiko ambil jus berlebihan


Muhamaad Razis

JUS buah-buahan sentiasa dikaitkan sebagai minuman yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Buah yang mengandungi pelbagai sumber vitamin yang bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit malah mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Bagaimanapun, sedarkah anda pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes?

Perkara itu didedahkan saintis dari Harvard TH Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat.

Ketua Saintis, Dr Jean Philippe Drouin-Chartier memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr Zubaidi Ahmad pula mengakui perkara itu.

Katanya beberapa fakta perlu diambil kira untuk mengelakkan risiko diabetes:

1. Jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah tidak dipisahkan. Tindakan mengasingkan serat boleh tingkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.

2. American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak yang berusia kurang enam tahun hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi dua hingga tiga gelas sehari.

3. Tidak menambah gula dalam jus yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.

4. Tidak minum jus pada sebelah pagi ketika perut kosong jika ada alahan terhadap buah itu.

5. Tidak menyimpan jus terlalu lama dalam peti sejuk sebaik habiskan minuman itu dalam masa empat jam selepas disiapkan.

6. Beberapa jenis buah seperti mangga, avokado, nangka atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi dan seelok-eloknya tidak diambil bersama dengan makanan berat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 43,340 other followers

%d bloggers like this: