Ubi Kayu Harga murah khasiat mahal


Oleh Nor ‘Asyikin Mat

DI sebalik harga ubi kayu yang murah dan kurang popular berbanding kentang, sumber karbohidrat ini sebenarnya mahal daripada segi khasiatnya.

Antara bahan rahsia yang paling tinggi ada dalam ubi kayu ialah kanji rintang.

Pakar antioksidan, Dr Suri Roowi berkata, kanji rintang bertindak sebagai serat.

Ia tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa ke usus besar dan diuraikan oleh bakteria di dalam usus berkenaan.

Beliau berkata, pengambilan kanji rintang menjadikan individu kurang berisiko obesiti kerana keupayaannya mengawal berat badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.

UBI kayu mampu mengawal berat badan.
UBI kayu mampu mengawal berat badan.

“Lebih menakjubkan kanji rintang ini membantu mencegah penyakit barah usus besar.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendapati kanji rintang berpotensi membantu mengurangkan risiko kencing manis jenis dua,” katanya.

Menurut Dr Suri, kandungan kanji rintang dalam ubi kayu ialah 9.7 gram (gm)/100gm, keledek (3.2gm/100gm), keladi (4.3gm/100gm), nasi (2.1gm/100gm) dan jagung (1.1gm/100gm).

“Kajian diterbitkan dalam jurnal ‘The Lancet’ pada 1986 mendedahkan, tiada seorang daripada 1,381 individu yang mengambil ubi kayu setiap hari menghidap kencing manis.

“Laporan kajian dalam jurnal ‘Diabetes Care’ pula menunjukkan, individu yang kerap makan ubi kayu kurang risiko kencing manis berbanding mereka yang jarang mengambil ubi berkenaan,” katanya.

Namun kata Dr Suri, ada juga individu yang ‘alah’ makan ubi kayu ini mengalami kembung dan angin dalam perut.

“Ini kerana ubi kayu mengandung sejenis bahan toksik yang dikenali sebagai linamarin.

“Bahan ini terdapat banyak dalam daun dan akar ubi kayu. Bagaimanapun, kepekatan linamarin lebih tinggi pada kulit dan daun berbanding isi ubi,” katanya.

Menurut Dr Suri, ada laporan mendedahkan, 95 peratus bahan linamarin ini wujud dalam ubi kayu.

“Walaupun jumlahnya tinggi, bahan ini agak stabil dan tidak berubah walaupun ubi kayu direbus.

“Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati linamarin ini mempunyai sifat antibarah, tetapi kesan linamarin ke atas haiwan atau manusia belum dikaji,” katanya.

Beliau berkata, makan ubi kayu yang tidak diproses dengan cara yang betul boleh menyebabkan kesan toksik.

“Ini kerana mikroflora dalam usus besar manusia akan mengubah linamarin kepada bahan kimia yang dikenali sebagai hidrogen sianida iaitu sejenis gas beracun.

“Mikroflora ialah bakteria dalam usus besar manusia atau haiwan yang berperanan memecahkan bahan berkhasiat seperti polifenol untuk dibawa masuk ke dalam darah,” katanya.

Katanya, pembentukan hidrogen sianida yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan beguk dan masalah saraf.

Selain itu, katanya, keracunan sianida yang tinggi juga boleh mengakibatkan lumpuh dan kesan paling teruk adalah kematian.

Menurut Dr Suri, bagi pesakit yang mengalami masalah hati, ubi kayu mesti diproses dengan betul untuk mengelakkan penyakit bertambah mudarat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,027 other followers

%d bloggers like this: