42 Kelebihan selawat ke atas nabi s.a.w


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”1. melaksanakan perintah Allah s.w.t2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat4. bersamaan dengan selawat para malaikat5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.13. mendapat darjat al-sidq14. ditunaikan segala hajat15. selamat sejahtera pada hari kiamat16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu22. tidak akan merasai fakir23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak31. mendapat keberkatan Alalh32. mendapat kesempurnaan iman33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung36. teguh pendirian dengan kebenaran37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 43,140 other followers

%d bloggers like this: