Anak lambat bercakap


Muhamaad Razis Ismail

APABILA usia anak mencecah setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa seharusnya bimbang dengan perkembangan itu.

Ada kemungkinan anak anda berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.

Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.

Pada masa sama, ia juga bergantung kemungkinan kanak-kanak itu berdepan pelbagai isu lain termasuk masalah fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.

Oleh itu, kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak ini memainkan peranan sangat penting dan peka masalah dihadapi dengan mendapatkan rawatan pemulihan sewajarnya.

Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim berkata, kesedaran masyarakat di negara ini terhadap masalah lambat bercakap masih berada tahap memuaskan.

DAPATKAN khidmat terapi segera untuk kurangkan jurang masalah lambat bercakap. FOTO: Sumber Google
DAPATKAN khidmat terapi segera untuk kurangkan jurang masalah lambat bercakap. FOTO: Sumber Google

“Di negara ini, kalau nak kata semua orang tahu pun tidak juga. Sebab pengalaman saya selama 14 tahun dalam bidang ini masih ada ibu bapa yang tidak pasti anak bermasalah atau sebaliknya.

“Ada yang sesetengah percaya, tak bercakap pada usia tiga tahun masih OK sedangkan sebenarnya ia sudah lambat,” katanya.

Menurutnya, ada yang beranggapan masalah lambat bercakap ini adalah perkara biasa kerana berkaitan dengan jantina.

“Ada yang percaya lelaki lambat daripada perempuan, namun sebenarnya ada kemahiran tertentu yang mesti dicapai pada tahap umur.

“Selain itu, ada juga paranoid anak lambat bercakap mengalami autisme. Tapi, sebenarnya perlu difahami lambat bercakap tidak semestinya autisme,” katanya.

Mengulas lanjut, Aishah yang juga pengasas Aishah Academy berkata, kanak-kanak memiliki perkembangan normal yang akan mencapai satu tahap kemahiran pada usia tertentu.

MASALAH lambat bercakap boleh dikesan seawal usia setahun. FOTO: Sumber Google
MASALAH lambat bercakap boleh dikesan seawal usia setahun. FOTO: Sumber Google

“Contohnya, kanak-kanak pada usia setahun atau setahun setengah sepatutnya boleh bercakap perkataan pertama, tapi sekiranya tiada perkara ini, ia sudah masuk dalam kategori lambat.

“Terdapat tiga tahap lambat bercakap iaitu iaitu ringan, sederhana dan teruk. Sebagai juruterapi, saya perlu tengok punca lambat bercakap dan ia yang akan menentukan sama ada dia akan cepat dapat ke atau sebaliknya serta apa rawatan yang perlu,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah lambat bercakap.

“Bukan kerana genetik semata-semata kerana ia hanya berisiko sekiranya ada ahli keluarga terdekat mengalami masalah sama.

“Faktor lain termasuk kurang rangsangan sejak kecil kerana didedahkan dengan gajet sehingga tidak bercakap serta ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat berkomunikasi dengan anak.

BANTU anak mula bercakap dengan kosa kata mudah. FOTO: Sumber Google
BANTU anak mula bercakap dengan kosa kata mudah. FOTO: Sumber Google

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak ini mungkin berdepan isu lain termasuk austime, masalah saraf, perkembangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kes membabitkan masalah lambat bercakap dapat pulih sepenuhnya.

“Kes ini berjaya apabila kita menutup kembali jurang apabila kanak-kanak itu mencapai kemahiran yang sepatutnya.

“Sebab itu, rawatan awal memainkan peranan penting supaya jurang yang tidak besar dapat dirapatkan.

“Tapi, ada juga yang tidak boleh (pulih sepenuhnya) kerana ia bergantung terhadap keadaan kanak-kanak itu yang turut berdepan isu lain,” katanya.

Aishah berkata, perkara ini berbalik kepada kesedaran ibu bapa dalam menyedari lebih awal masalah yang dihadapi anak sejak kecil.

ELAKKAN penggunaan gajet secara berlebihan. FOTO: Sumber Google
ELAKKAN penggunaan gajet secara berlebihan. FOTO: Sumber Google

“Ada dalam kalangan ibu bapa hanya mendapati khidmat juruterapi apabila setahun lagi anak akan masuk ke sekolah kerana bimbang dimasukkan ke kelas khas.

“Pada ketika itu sebenarnya sudah agak lambat kerana dalam masa setahun banyak isu dan kemahiran yang tertinggal selama enam hingga tujuh tahun,” katanya.

Oleh itu, Aishah sering membuat seminar sama ada secara bersemuka dan dalam talian untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa di negara ini mengenai masalah ini daripada awal.

“Saya juga sediakan latihan kepada ibu bapa bagaimana untuk bantu mengajar anak bercakap lebih baik di rumah.

“Masalah ini tidak dapat selesaikan sekiranya ibu bapa lepas tangan sepenuhnya kepada juruterapi. Mereka juga perlu memainkan peranan meneruskan usaha ini di rumah,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 42,170 other followers

%d bloggers like this: