Nyahkan bau busuk!


Nurul Husna Mahmud
6

KETIKA sekatan di sempadan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang bercuti di kampung terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Justeru, boleh dilihat sebaik pulang bukan sahaja berkulat, malah ada bau kurang menyenangkan dari makanan disimpan terlalu lama dalam peti sejuk.

Tip di bawah boleh anda cuba:

1. Arang

Idea ini penulis dapat daripada kunjungan ke sebuah hotel apartmen di Melaka. Apa yang dilakukan ialah pihak hotel berkenaan meletakkan pecahan kecil arang dalam beg plastik makanan yang ditebuk.

Ada juga portal berkongsi tip dengan cara membiarkan arang selama seminggu untuk singkir bau hapak dalam peti ais.

ARANG boleh neutralkan bau. FOTO: Sumber Google
ARANG boleh neutralkan bau. FOTO: Sumber Google

2. Daun pandan

Daun ini kalau dikisar dan ditapis airnya digunakan sebagai perasa makanan. Tidak dinafikan fungsinya juga sebagai penaik ‘bau’ hidangan.

Namun kalau dihiris dan dipadankan dengan mawar kering, ada mengatakan ia boleh jadi pewangi serta penghalau serangga seperti langau atau lipas bagi ruang dalam kabinet mahupun peti ais.

3. Bunga cengkih

Rasa bunga cengkih pedas tidak pernah menutup kebaikan lain rempah-ratus itu apabila cukup wangi dalam masakan.

Justeru, sebabkan aroma unik itu, rempah ini boleh menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk.

Ambil tujuh hingga 10 tangkai dan letakkan di bahagian makanan di peti sejuk.

DAUN PANDAN memiliki aroma menyegarkan. FOTO: Sumber Google
DAUN PANDAN memiliki aroma menyegarkan. FOTO: Sumber Google

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 42,170 other followers

%d bloggers like this: