Laluan hidayah di New Zealand


Suraya Roslan

Secara purata seorang daripada penduduk New Zealand kembali kepada fitrah dengan memeluk Islam setiap bulan di beberapa masjid di negara itu.

Setiausaha Majlis Ulama New Zealand Mohammed Patel berkata, perkembangan positif itu hasil usaha semua pihak yang melakukan pelbagai aktiviti dakwah jalanan, selain kerjasama masyarakat Islam di sekitar yang menunjukkan sikap sebenar umat Islam.

“Ini berita yang menggembirakan. Walaupun kami kumpulan minoriti di New Zealand iaitu hampir 55,000 daripada lima juta penduduk, tetapi kami sangat bersatu.

“Majlis Ulama New Zealand sudah mengislamkan hampir 15 hingga 20 penduduk sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang juga Imam Masjid E Umar Auckland berkata, penduduk tempatan sudah didedahkan dengan Islam sejak zaman dulu dan tiada masalah mengamalkan ajaran itu tanpa batasan.

“Mereka sangat terbuka menerima kami dan tiada istilah Islamofobia di negara ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar malah kami kerap mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti dan menjemput penduduk tempatan mengenali Islam,” katanya.

Beliau yang berasal dari India berkata, dia bertuah kerana diberi peluang berkhidmat di negara orang sebagai imam dan khatib selama 15 tahun di masjid itu.

“Mereka sangat terbuka mengenai Islam. Sebelum ini, ada sekumpulan 90 pelajar bukan Islam datang ke masjid ini untuk mendapat penjelasan mengenai Islam sama ada agama suci ini mengajar keganasan seperti Daish,” katanya.

Menurutnya, dia senang dengan kunjungan hampir 45 minit itu dan dapat bertukar pandangan dan menerangkan Islam tidak menyokong dan bersetuju dengan keganasan.

“Kami juga berusaha menyiapkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Maori bagi kegunaan penduduk tempatan.

“Ia perlu sebagai langkah awal dakwah bagi menghampiri masyarakat tempatan mengenali lebih dekat mengenai Islam,” katanya.

Dia yang juga penasihat agama berkata, Masjid E Umar dulunya adalah sebuah gereja yang dibeli dengan harga jutaan dolar daripada beberapa pihak.

“Berdasarkan sejarah sebelum ini, beberapa penduduk Islam terpaksa mengetuk pintu ke pintu rumah orang Islam untuk mengutip derma bagi membayar separuh harga gereja berkenaan.

“Disebabkan itu, saya sangat menyayangi masjid ini kerana orang Islam terdahulu bergolok-gadai untuk memiliki rumah Allah ini. Mereka sanggup bersengkang mata mencari dana untuk membeli masjid ini daripada pihak tertentu,” katanya.

Mohammed berkata, dia juga tertarik dengan usaha dilakukan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dalam mencari dana membantu membangunkan Kompleks Masjid Al-Quddus.

“Saya berdoa semoga usaha murni ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan impian masyarakat Islam di Taupo untuk memiliki masjid tercapai,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,027 other followers

%d bloggers like this: