Berubat sebelum penyakit melarat


RAMAI yang tahu bahawa mereka menghidapi penyakit tetapi tidak mahu berubat lanjut. Sudah banyak kes saya temui, doktor mengesahkan beliau kemungkinan menghidapi kanser, tetapi enggan dirujuk ke hospital dengan alasan ingin berubat kampung.

Selang beberapa ketika, diberitakan bahawa beliau sedang nazak di hospital kerana kanser telah sampai tahap 4. Tahap yang hanya menunggu kematian menjengah. Rawatan pembedahan dan kemoterapi sudah tiada guna pada tahap ini. Menunggu saat kematian. Apabila doktor nasihatkan bawa pulang, maka diceriterakan kepada rakan taulan bahawa doktor sudah tidak pandai buat sesuatu merawat kanser beliau. Sedangkan keadaan sudah terminal. Rawatan pesakit terminal seperti kanser tahap empat sudah tentu berbeza pendekatannya dengan tahap awal penemuan kanser.

Menyedihkan, dalam satu kajian mendapati 86 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa kanser tahap empat masih boleh dicegah. Manakala 62 peratus rakyat negara ini mempercayai bahawa kanser itu penyakit yang tidak boleh dirawat [1]. Pencegahan dan rawatan adalah dua isu berbeza. Mencegah adalah keadaan di mana penyakit belum wujud, kita menggunakan pelbagai cara untuk sesuatu penyakit itu menjangkiti kita. Manakala merawat adalah keadaan di mana penyakit sudah wujud, pesakit berjuang untuk mengubatinya dengan pelbagai cara.

Kefahaman antara keperluan mencegah dan kepentingan merawat inilah yang menyebabkan masyarakat keliru. Ianya pula dikelirukan oleh sesetengah pihak yang produk mereka hanya mempunyai khasiat baik dari mencegah sesuatu penyakit berlaku, tetapi dicanangkan dalam iklan-iklan mereka bahawa produk mereka berjaya merawat penyakit.

Mereka juga terkeliru dengan beberapa naratif penemuan saintifik di peringkat awal sesuatu bahan, tanpa disahkan keberkesanannya untuk manusia secara keseluruhan. Contohnya daun rerama, ujian makmal mendapati daun tersebut tinggi antioksida yang berkhasiat dalam mencegah sel-sel badan dari unsur negatif seperti radikal bebas. Tetapi daun rerama bukannya rawatan kepada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis termasuk kanser. Tetapi masyarakat salah faham mengenai kaitan pencegahan dan rawatan itu.

Satu kajian mendapati jika seseorang itu didapati menghidapi kanser, sebenarnya penyakit itu sudah timbul beberapa tahun sebelum bertemu doktor. Cuma si penghidap cuba menafikannya atau berubat dengan kaedah-kaedah tersendiri sebelum bertemu dengan para pakar bagi mengetahui penyakit sebenar – iaitu kanser. Bagi penyakit kanser payu dara, pesakit dianggarkan mengalami tanda awal 2.7 tahun sebelum diagnosa hospital, manakala kanser paru-paru dan kanser usus (rektum) selama 1.5 tahun. Bagi kanser yang agak pejal (solid tumour) seperti kanser prostat, kanser tiroid dan lain-lain, jangkaan penyakit itu bermula sejak tiga hingga enam tahun sebelumnya [2].

Saya menyeru masyarakat untuk hadir ke klinik-klinik kerajaan atau swasta untuk membuat saringan awal. Ahli perubatan cukup fasih dalam menjalankan ujian saringan ini. Kanser payu dara, boleh disaring melalui ujian pemeriksaan klinikal payu dara atau ujian mamogram. Bagi kanser pangkal rahim, ujian “pap smear” adalah ujian paling senang dan murah.

Begitu juga kanser dalam kalangan lelaki, kanser prostat, kanser paru-paru boleh dijalankan ujian saringan di premis-premis kesihatan. Hadirkan diri anda untuk disaring, jangan segan silu atau memandang prejudis terhadap doktor.

Sekian nasihat daripada fb.com/Suhazeli.abdullah – HARAKAHDAILY 9/10/2019

Pautan:
[1] Bo Sue-Lyn. Malaysian Still Ignorant About Advanced Breast Cancer. https://codeblue.galencentre.org/2019/09/27/survey-malaysians-still-ignorant-about-advanced-breast-cancer/
[2] Mickel V Patrone et. al. How Long I Had My Cancer, Doctor? https://www.cancernetwork.com/oncology-journal/how-long-have-i-had-my-cancer-doctor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8,366 other followers

%d bloggers like this: