Kibas tempat tidur baik untuk diamal


DR SUHAZELI ABDULLAH

 

KULIT adalah satu organ terbesar manusia. Bersaiz keseluruhan 20 kaki persegi yang terdiri daripada tiga lapisan, epidermis, dermis dan hipodermis. Bermanfaat besar pada badan kerana kulit ini sistem pertahanan badan utama dari gangguan luar sama ada kuman, debu, air, api dan sebagainya. Keseimbangan suhu badan juga dipengaruhi oleh keutuhan kulit badan. Di samping ianya salah satu pancaindera utama melalui rasa sentuhan dari panas, sejuk dan sakit.

drsuhazeli6Keunikan kulit ini adalah bertukar salin setiap saat. Cuma kita tidak perasan. Sel-sel kulit dianggarkan sebanyak 1.6 trillion yang akan silih berganti apabila cukup masanya. Setiap jam sebanyak 30,000 hingga 40,000 sel akan jatuh mati (peel off). Bermakna sehari satu juta sel kulit yang sudah mati akan gugur dari badan. Ianya akan menjadi debu-debu berterbangan atau hinggap di mana-mana permukaan tempat kita bermastautin. Jika tidak disapu bersih, 3.6 kilogram/setahun debu kulit kita akan melekap bertebaran atas lantai, cadar, tingkap, langsir dan seumpamanya.

Debu kulit ini menjadi makanan ruji kepada kutu debu rumah (house mite). Sebanyak 1.5 gram debu kulit sudah cukup memberi makan sehari untuk sejuta kutu debu rumah. Kebanyakan pesakit asma akan alahan/alergik dengan kutu debu rumah ini. Kutu debu rumah akan berterbangan dan memasuki salur pernafasan menyebabkan asma tercetus. Begitu juga mereka yang berpenyakit resdung, kejadian berair hidung, bersin dan gatal hidung akibat dari dihinggap oleh kutu debu rumah ini. Justeru, kebersihan rumah adalah tonggak utama bagi mencegahnya.

Sesuai dengan sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan“. [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakang dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.

Sel-sel kulit yang mati ini tidak sesekali akan memasuki semula badan melalui kulit. Jika terdapat teori yang mengatakan sel-sel mati ini akan masuk semula badan sehingga menyebabkan penyakit serius, ia adalah tidak benar.

Sel-sel kulit mati ini boleh dibersihkan dengan tatacara paling ringkas, kibaslah tempat tidur. Tetapi sel-sel ini akan berterbangan ke tempat lain pula. Penggunaan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya tidak dapat membersihkan mereka.

Justeru, kaedahnya bersihkan semua permukaan tempat anda termasuk cadar, langsir dan sebagainya. Cara untuk bersihkan bukan semata-mata kibas, tetapi cadar perlu dibasuh dan disalin sentiasa. Bilik tiduran kita pun perlu dibersihkan sama ada sapu, vakum atau seumpamanya.

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Amalan sunah mengibas tempat tidur juga baik untuk diamalkan. Kesihatan diri terjamin dan pahala mengamalkan sunah diperolehi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,027 other followers

%d bloggers like this: