Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1440H (kelas intensif kitab untuk umum)
Posted by aki2004 on April 19, 2019 · Tinggalkan Komen
Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1440H maka pihak Pondok Pasir Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun ke-11 setelah program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini berjaya diadakan dengan sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan terutama siswa/wi yang sedang cuti semester.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
019-9388902/ Paklong 014-5481907 atau untuk muslimat 013-9943099 (Ustazah Hidayah)
Pendaftaran dibuka sepanjang masa
Pengajian secara berulang alik atau menginap di pondok
Syarat & Yuran Penyertaan
- Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
- Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab) dengan berulang-alik setiap hari
- Harga kitab Jami’ Masail as-Soum RM7.00 edisi jawi/rumi
- Harga Kitab Hidayah Sibyan Edisi jawi RM 6.00 / edisi rumi RM15
- Harga kitab Hidayah Salikin edisi jawi RM5.00
- Harga Kitab Mazari’ al-Muttaqin edisi jawi/rumi RM9.00
- Bagi peserta muslimin/muslimat bujang yang ingin menetap di asrama yuran daftar RM50.00 (meliputi daftar, penginapan) tidak termasuk harga kitab dan makan minum. Datang daftar mulai 2 Ramadhan / 7 Mei nanti
- Perbelanjaan makan minum tanggungan sendiri (majlis berbuka puasa disediakan di Masjid pondok setiap petang manakala pelajar muslimat bujang makanan berbuka disedia di asrama tempat mereka menginap
- Bagi pasangan kelamin atau warga emas kena cari pondok atau bilik sewa sendiri jika mahu tinggal kawasan pondok kerana pihak pejabat tidak menguruskan urusan tersebut
Tarikh & Masa Mula Daftar Diri
Mulai 2 Ramadhan 1440H bersamaan 7 Mei 2019M (Selasa)
jam 8.30 pagi
Kelengkapan peribadi bagi yang ingin menginap di asrama
sila bawa perkara tersebut :
1. Pelajar lelaki kena bawa Jubah sekurang sehelai(jika ada) / banyakkan baju melayu dan kain atau kemeja lengan panjang
2. Pelajar perempuan kena bawa Jubah
2. Pakaian tidur/selimut/toto@tilam/bantal
3. alat tulis
4. Fotostat kad pengenalan
5. Gambar ukuran passport sekeping
JADUAL AKADEMI PONDOK 1440H
TARIKH | Masa | Kitab |
Mulai |
9.00– 11.30 am | Kitab : Jami’ Masail as-SoumKitab : Hidayah Sibyan |
7 Mei 2019M |
||
2 Ramadhan 1440H |
2.00 – 3.00 pm | Kitab : Hidayah Salikin |
hingga 27 Mei 2019M bersamaan 22 Ramadhan 1440H | 3.30 – 4.30 pm | Kitab : Mazari’ al-Muttaqin |
Setiap Jumaat cuti
Harga Kitab
# Harga kitab Jami’ Masail as-Soum melibatkan bab puasa
# Kitab Hidayah Sibyan melibatkan beberapa bab daripada ilmu Feqah
# Kitab Hidayah Salikin pula menyentuh ilmu tasawwuf
# Kitab Mazari’ al-Muttaqin berkenaan ilmu Tauhid
Tempat Program
Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir Tumboh,
Hubungi :
Tel :019-9388902 Ust. Ahmad Shairazi / Paklong 014-5481907
atau untuk muslimat 013-9943099 (Ustazah Hidayah)
Filed under Program Berkala, Program Terbaru