Mabuk durian dengan ubatan


DR SUHAZELI ABDULLAH

 

Bila tiba musim durian sentiasa kecoh bahaya makan durian dengan ubatan. Tak terlepas juga posting dalam WhatsApp dan media sosial kelebihan dan keburukan durian. Sampai ada yang bertekak hingga larut malam. Tidak kurang juga asyik mesej saya untuk jawab isu ini.

dr suhazeliSaya malas nak jawab serius. Cuma untuk ‘food testing‘, mintalah tolong hantar sebakul durian-durian tu ke rumah saya, lepas itu baru boleh saya jawab.

“Doktor sokong ke bangkang?”

Makanlah sederhana. Bagi yang ada penyakit makanlah sekadar pecah liur. Ubat jangan tinggal.

Kemudian ada kawan tanya, makan ubat hospital dengan durian boleh bahaya ke?

Mabuk atau interaksi ubat dengan makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ianya berbeza antara setiap individu. Majoriti orang tidak mabuk apabila makan disekalikan dalam jarak masa dekat antara ubat dan makanan. Antara contoh yang biasa disebut-sebut oleh masyarakat adalah ubat campur buah durian, betik, timun cina dan beberapa jenis lagi.

Sehingga kini tiada kes kematian dicatatkan. Mabuk hanya melibatkan pening, loya, muntah. Kemudian setelah berlalu masa, seseorang itu kembali segar.

Bagi mengelakkannya (mabuk) adalah jarakkan masa makan dua bahan tersebut. Paling kurang dua jam. Dengan mengambil satu keadaan bahawa buah yang dimakan tidak akan bercampur sekali dalam perut. Justeru, tidak berlakulah interaksi kedua-duanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8,208 other followers

%d bloggers like this: