8 Tips Seronok Baca Al-Quran


Kita semua tahu membaca Alquran dapat pahala.

Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya.

Kadang-kadang timbul rasa malas, tak bersemangat.

 

Ishh.. Tapi sayanglah kan jika kita tak ambil peluang untuk mengaji Alquran.

Jika ada tips yang boleh membantu untuk kita rasa seronok membaca Alquran tentu bagus kan?

Disini kami kongsikan 8 Tips mudah supaya kita rasa seronok membaca Alquran.

 

#1 Sediakan ruang yang selesa

Ruang yang selesa membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan tenang ketika membaca Alquran.

Caranya mudah sahaja, sediakan satu tempat khas untuk kita mengaji Alquran.

Boleh sediakan satu ruang di rumah kita sebagai tempat untuk mengaji. Sediakan meja, kerusi, dan Alquran di dalam bilik tersebut.

Cadangan lain, gunakan sahaja kawasan masjid atau surau berhampiran dengan rumah kita sebagai ruang untuk mengaji Alquran.

Yang penting kita selesa dan seronok mengaji Alquran!

#2 Membaca bersama rakan

Cari rakan yang sekepala. Rakan yang mahu memperbaiki bacaan bersama-sama kita.

Disamping boleh memberi semangat, rakan boleh membetulkan kesilapan bacaan.

Selain itu, rakan yang baik juga dapat saling mengingati kita supaya sentiasa berterusan membaca Alquran.

Sebagaimana hadis Nabi;

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

 

#3 Baca sambil melihat makna

Untuk menambah keseronokan dalam bacaan, boleh gunakan Alquran terjemahan.

Dengan melihat terjemahan membantu kita menghayati maksud ayat-ayat Alquran.

Secara tidak langsung, kita dapat merasakan umpama Tuhan sedang bercakap secara terus kepada kita.

Pelajaran dan pengajaran yang dibaca, boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

#4 Cari tempat belajar Alquran

Ada orang yang lebih selesa membaca secara meramai-ramai.

Apabila membaca secara bersendirian, dia jadi kurang bersemangat. Jadi lesu dan tak konsisten.

Cari lah tempat belajar yang berhampiran dengan kawasan rumah. Ataupun jika mahu belajar dari awal boleh belajar bersama kami di program Celik Huruf anjuran Celik Alquran.

Belajar akan membolehkan kita membaca Alquran dengan lancar dan yakin tanpa tersekat-sekat.

#5 Buat jadual baca Alquran

Masa tidak akan ada jika kita tidak menyusunnya.

Cari masa dan luangkan masa untuk membaca Alquran.

Caranya bagaimana? Buat jadual membaca Alquran.

Sehari mungkin kita mampu luangkan masa 30 minit untuk mengaji Alquran.

Pecahkan 30 minit ke beberapa masa, mungkin 15 minit selepas bangun tidur dan 15 minit sebelum tidur.

Jadual membantu kita mencapai target khatam Alquran dalam jangka masa tertentu

#6 Simpan gadget agar tidak mengganggu fokus

Sekarang ni, banyak masa kita dihabiskan dengan gadget.

Semasa membaca Alquran, simpan gadget kita di tempat yang selamat.

Usah buatkan fokus kita terganggu sewaktu membaca Alquran.

#7 Beri ganjaran apabila berjaya menamatkan bacaan

Berikan hadiah kepada diri sendiri apabila berjaya menamatkan bacaan Alquran seperti yang dijadualkan.

Sekiranya membaca secara beramai-ramai bersama rakan, boleh saling memberi ganjaran atau hadiah kepada rakan yang dapat mencapai sasaran bacaan.

Usah pening kepala untuk memberi ganjaran dengan hadiah yang mahal-mahal.

Sediakan ganjaran yang mampu milik pun sudah banyak memberi makna.

Boleh juga belanja diri sendiri dengan makan atau minum di kedai makan kegemaran.

Ganjaran merangsang motivasi untuk kita terus membaca Alquran

 

#8 Mengikhlaskan niat dan berdoa ketika membacanya

Niat yang ikhlas akan membantu memberi kekuatan dan istiqamah dalam membaca Alquran.

Berdoa juga supaya dikurniakan rasa seronok sewaktu membaca Alquran.

Alquran adalah kalam Allah. Sesungguhnya Dia lah yang memegang hati-hati manusia, kita berdoa semoga Dia kurniakan rasa seronok dan istiqamah sentiasa sewaktu membaca Alquran.

 

Petikan daripada http://www.celikalquran.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: