Bahaya bakar ikan dalam pembalut aluminium?

DR SUHAZELI ABDULLAH   ADA satu video petua kehidupan yang menayangkan penggunaan pembalut aluminiun semasa membakar ikan atau ayam mendatangkan bahaya kesihatan. Antara dakwaan mereka adalah zat aluminium tersebut boleh terurai sehinggakan penyebab kepada penyakit nyanyuk (alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit lain. Tularan video dan tulisan tersebut sudah beredar sejak sekian lama. Adakah benar dakwaan tersebut? Satu … Teruskan membaca

Bedah batin

DR SUHAZELI ABDULLAH   SEBUT sahaja jika ada perawat yang mahir untuk merawat penyakit batu karang, pesakit akan berbondong-bondong pergi mendapatkan rawatan. Kemahiran mengeluarkan batu karang tanpa pembedahan seperti yang dilakukan oleh sesetengah bomoh, biasanya akan menjadi buah mulut ramai termasuk menjadi video viral dalam media sosial. Pendek kata, masyarakat yang masih jahil dalam urusan perubatan batu karang … Teruskan membaca

Botol, ketupat bungkus plastik penyebab kanser?

DR SUHAZELI ABDULLAH   SEKURANG-kurangnya terdapat tiga sebaran maya yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan botol/bekas plastik kerana menjadi punca kepada kanser. Amaran pertama adalah larangan dari menggunakan bekas plastik ketika menyediakan juadah minuman dan makanan. Begitu juga larangan memasukkan botol plastik dalam mikrowave kerana ia mengundang 52 jenis kanser. Sebaran kedua … Teruskan membaca

Bahaya air direbus semula?

DR SUHAZELI ABDULLAH   HARI ini disebarkan tulisan yang melarang orang ramai merebus semula air yang sudah dimasak. Kononnya air rebusan semula itu merbahaya kerana mengandungi arsenik, nitra dan fluorida. Penjelasan lanjut yang disebut dalam tulisan itu semacam ada logiknya kerana air yang sudah masak akan menghuraikan beberapa sebatian lain, di mana masakan kali kedua akan … Teruskan membaca

Manusia dimiliki bukan pemilik

Pada suatu hari Harun Al-Rasyid lewat di pekuburan, dilihatnya Bahlul sedang duduk disana. Berkata Harun Al-Rasyid kepadanya : “Wahai Bahlul, kapankah kamu akan berakal atau sembuh dari gila.. ?” Mendengar itu Bahlul beranjak dari tempatnya dan naik keatas pohon, lalu dia memanggil Harun Al-Rasyid dengan sekuat suaranya dari atas pohon, ” Wahai Harun yang gila, … Teruskan membaca

Halal tidak lagi asing di Taiwan

Marhaini Kamaruddin   TAIWAN? Berapa lama? Kasihannya. Mesti susah hendak makan. Semua itu antara komen teman-teman apabila mendapat tahu yang penulis ditugaskan ke Taiwan untuk mengikuti program lawatan pelancongan dan budaya anjuran Kementerian Luar (MOFA) negara itu. Jelas sekali rumusan pendapat itu dibuat berdasarkan pemahaman dan pengetahuan mereka yang sedikit tentang Taiwan – yang secara … Teruskan membaca

Indahnya kurniaan hidayah Allah

Dr. Abdullah Md. Zin BEBERAPA minggu lalu Arthur Wagner, seorang ahli politik Jerman menjadi perhatian umum kerana mengisytiharkan memeluk Islam. Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan gereja mengiktiraf perkahwinan sejenis. Parti nasionalis yang diwakilinya memenangi kerusi Parlimen Jerman diakui anti-Islam malahan menggunakan slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ dalam kempen pilihan raya. Beliau dilaporkan memeluk … Teruskan membaca

Tandas ‘cermin’ kita

Mohd. Radzi Mohd. Zin   PADA Januari 2013, Utusan Malaysia membuat tinjauan kebersihan tandas di beberapa masjid di Kuala Lumpur. Kesimpulannya, menggelikan. Begitulah keadaan yang dapat digambarkan situasi sesetengah persekitaran tandas masjid dan surau yang terdapat di negara ini. Bukan sahaja di kawasan perkampungan dan pedalaman, kawasan bilik air dan tempat wuduk di rumah Allah … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,659 other followers