Cari penawar sakit sebelum bertawakkal


Soalan; Suami saya sakit jantung tetapi tidak mahu berubat kerana katanya itu adalah ketentuan Ilahi. Bolehkah dia berbuat demikian?

Jawapan; Haram dan berdosa seseorang yang ditimpa penyakit menolak untuk berubat kerana dia telah melemparkan dirinya ke kancah kebinasaan seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu melemparkan diri kamu ke dalam kehancuran.” (surah al-Baqarah, ayat 195)

Perkara itu akan menjadi lebih teruk lagi apabila seseorang mendakwa bahawa segala penyakit yang dialami sebahagian daripada ketentuan Ilahi yang perlu dibiarkan. Perbuatan itu seakan-akan menyalahkan Allah SWT yang telah menguji pesakit dengan musibah.

Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan satu persepsi yang bercanggah dengan akidah serta syariat Islam. Persepsi sedemikian perlu diubah dan diperbaiki supaya kita tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Perlu diingatkan bahawa beriman dengan qada dan qadar adalah wajib ke atas setiap mukmin. Namun, ia tidak bererti kita tidak perlu berusaha mencari penawar. Oleh sebab itu Nabi SAW sendiri telah bersabda: “Tidak ada sesuatu penyakit yang diturunkan oleh Allah SWT kecuali bersamanya juga terdapat kesembuhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat juga peristiwa pada zaman Baginda Nabi SAW, Usama ibn Sharik telah terdengar sabda Nabi SAW sebagai jawapan kepada soalan seorang Badawi (orang kampung) mengenai berubat. Sabda Baginda SAW: “Ya, wahai hamba-hamba Allah sekalian berubatlah. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberikan kepada kamu penyakit kecuali terdapat bersamanya penyembuh (penawar) kecuali satu penyakit. Sahabat bertanya: Apakah satu itu ya Rasulullah? Jawab Baginda SAW: Tua.” (Riwayat Ahmad)

Justeru, saya nasihatkan suami puan supaya mencari penawar dengan pelbagai kaedah kerana ia adalah arahan Baginda SAW. Sekiranya usaha telah dilakukan, maka bakinya serahkan kepada Allah SWT dengan bertawakal.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,514 other followers

%d bloggers like this: