Kelas Kitab Umum Sempena Ramadhan 1438H di Pondok Pasir Tumboh
Posted by aki2004 on Mei 11, 2017 · Tinggalkan Komen
Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1438H maka pihak Pondok Pasir Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun ke-9 setelah program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini berjaya diadakan dengan sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan terutama siswa/wi yang sedang cuti semester.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
09-7657786 / 019-9388902 atau untuk muslimat 012-9975513 (Ustazah Fadhilah/Ustaz Syuib)
Pendaftaran dibuka sepanjang masa
Pengajian secara berulang alik atau menginap di pondok
Syarat & Yuran Penyertaan
- Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
- Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab) dengan berulang-alik setiap hari
- Harga Kitab Matla’ al-Badrain Edisi jawi RM 6.00
- Harga kitab Hidayah Salikin edisi jawi RM5.00
- Harga Kitab Taqrib al-Ikhwan edisi jawi RM4.00
- Bagi peserta muslimin yang ingin menetap di pondok yuran daftar RM20.00 dan bil elektrik RM10.00. Datang daftar mulai 2 Ramadhan / 28 Mei nanti
- Perbelanjaan makan minum tanggungan sendiri (majlis berbuka puasa disediakan di Masjid pondok setiap petang manakala pelajar muslimat bujang makanan berbuka disedia di madrasah tempat mereka menginap)
- Bagi muslimat yang ingin tinggal kawasan pondok yuran daftar, tempat tinggal dan bil elektrik RM58.00. Sila hubungi 012-9975513 (Ustazah Fadhilah/Ustaz Syuib)
- Bagi pasangan kelamin atau warga emas kena cari pondok atau bilik sewa sendiri jika mahu tinggal kawasan pondok kerana pihak pejabat tidak menguruskan urusan tersebut
Tarikh & Masa Mula Daftar Diri
Mulai 2 Ramadhan 1438H bersamaan 28 Mei 2017M (Ahad)
jam 8.30 pagi
Kelengkapan peribadi bagi yang ingin menginap di pondok
sila bawa perkara tersebut :
1. Pelajar lelaki kena bawa Jubah sekurang sehelai(jika ada) / banyakkan baju melayu dan kain atau kemeja lengan panjang
2. Pelajar perempuan kena bawa Jubah
2. Pakaian tidur/selimut/toto@tilam/bantal
3. alat tulis
4. Fotostat kad pengenalan
5. Gambar ukuran passport sekeping
JADUAL AKADEMI PONDOK 1438H
TARIKH | Masa | Kitab |
Mulai |
9.00– 11.30 am | Kitab : Matla’ al-Badrain |
28 Mei 2017M |
||
2 Ramadhan 1438H |
2.00 – 3.00 pm | Kitab : Hidayah Salikin |
hingga 19 Jun 2017M bersamaan 24 Ramadhan 1438H | 3.30 – 4.30 pm | Kitab : Taqrib al-Ikhwan |
Setiap Jumaat cuti
# Kitab Unwanul Falah melibatkan beberapa bab daripada ilmu Feqah
# Kitab Hidayah Salikin pula menyentuh ilmu tasawwuf
# Kitab Misbahul Munir berkenaan ilmu Tauhid
Tempat Program
Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir Tumboh,
Hubungi :
Tel :09-7657786 H/P :019-9388902
(Ust. Ahmad Shairazi )
Filed under Program Terbaru