Menguap ikut sunnah


ADAKALA kita tertanya-tanya kenapa kita menguap? Kebanyakan berpendapat bahawa menguap terjadi sewaktu keletihan dan rasa mengantuk. Dalam kalangan ahli sains, mereka mempunyai banyak pendapat tentang faktor yang menyebabkan manusia menguap.

Menurut Robert Provine dari Maryland University, Amerika Syarikat, selain faktor mengantuk atau keletihan, seseorang juga menguap kerana kebosanan.

Sebahagian masyarakat meng­anggap menguap dengan membuka mulut lebar adalah perkara biasa. Ajaran Islam sebaliknya tidak menganggap menguap sebagai hal yang ringan. Ini kerana menguap adalah perbuatan yang sangat buruk dan dibenci oleh Allah SWT.

Daripada Abu Said Al-Khud­ri RA, Rasulullah SAW dipetik bersabda yang bermaksud: “Ada pun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu kerana sesungguh­nya apabila seseorang me­nguap, syaitan akan mentertawakannya.” (Riwayat Bukhari).

Islam sangat menitikbe­ratkan umatnya agar beradab ketika menguap terutama sewaktu solat. Seseorang itu harus menghentikan sementara bacaan surah al-Quran sehingga selesai menguap. Selain menutup mulut de­ngan tangan, Islam melarang umatnya mengeluarkan bunyi “aaah” semasa menguap.

Kesimpulannya, Islam mempunyai adab menguap yang perlu diikuti mengikut hadis dan sunnah.

NURRUL AISYAH MD. YUSOF

USIM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,895 other followers

%d bloggers like this: