Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Masa Solat Terawih


BANYAK orang yang mengadu rasa mengantuk ketika melaksanakan solat tarawih. Sehingga, dalam pelaksanaan solatnya tidak boleh khusyuk. Hasilnya, bukannya mendapat berkat, malah merasa lelah. Padahal, solat tarawih ini hanya ada satu tahun sekali. Sayang sangat kan, kalau kita lewati hanya dengan tertidur atau pun tidak sedar dalam pelaksanaan solat tarawih.

Maka, kita harus segera bertindak. Jangan sampai rasa mengantuk tersebut terus menghampiri di kala kita sedang ingin berkomunikasi dengan Allah SWT. Tapi, bagaimana cara mengatasi saat solat tarawih?

1. Jauhi perbuatan dosa dan maksiat di siang hari

Walaupun bulan Ramadhan syaitan dibelenggu, namun kita tetap harus menjauhi perbuatan dosa. Ketika syaitan dibelenggu bukan bererti manusia terbebas dari godaan syaitan. Hal tersebut kerana yang dibelenggu adalah para ahli utama syaitan bukan seluruh syaitan. Adapun anak buahnya tetap saja berkeliaran menggoda manusia. Namun malangnya kita masih kalah dengan syaitan yang kecil-kecil tersebut.

Menjaga diri dari perbuatan dosa di siang hari bulan Ramadhan akan membantu kita terjaga di waktu malam. Banyak ungkapan para salafus soleh yang mengatakan bahawa perbuatan dosa di siang hari merupakan penghalang utama solat malam.

Suatu hari seorang laki-laki berkata kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah, “Sesungguhnya aku tidak mampu melakukan solat malam, maka berilah aku ubatnya?” Maka dia berkata, “Janganlah engkau bermaksiat kepada Allah Ta’ala di siang hari, maka Dia akan membangunkanmu di hadapan-Nya di malam hari. Sesungguhnya engkau berdiri di hadapan-Nya di malam hari merupakan kemulian terbesar. Adapun pendosa tidak berhak mendapatkan kemuliaan tersebut.”

2. Sempatkanlah untuk qoilulah sejenak (rehat atau tidur siang)

Al-Fayumi di dalam al-Misbah al-Munir berkata bahawa qoilulah maknanya (نام نصف النهار / tidur di pertengahan siang). Adapun Imam as-Son’ani di dalam kitab Subulus Salam berkata qoilulah iaitu, “Istirahat di tengah siang walaupun tidak dengan tidur.”

Dari pengertian di atas dapat kita simpulkan bahawa qoilulah baik dengan tidur atau tidak realitinya sangat membantu dalam solat malam. Adapun waktunya boleh sebelum atau sesudah Zuhur/Jumaat.

Majoriti ulama menghukumi qoilulah sebagai amalan sunah atas dasar hadits berikut, “Berqoilulahlah kalian kerana syaitan itu tidak berqoilulah, “(HR. Thabrani).

Berkata Ishaq bin Abdillah bin Abi Farwah rahimahullah, “qoilulah merupakan amalan pencinta kebaikan. Di dalamnya terkumpul banyak faedah sekaligus faktor penguat untuk solat malam.”

Memang qoilulah adalah sunah tapi harus ingat jangan disalahgunakan sebagai alasan memperbanyak tidur siang di bulan Ramadhan. Qoilulah ada kadar dan batasannya. Jangan sampai seorang beralasan dengan qoilulah menjadi malas bekerja dan beramal. Amalkan sunah pada kadar, masa dan tempatnya.

3. Atur hidangan makan dan minum ketika berbuka

Hidangan makan yang tidak terkawal saat berbuka menyebabkan perut kita bekerja terlalu payah. Kesan dari hal tersebut tubuh kita letih, otak sukar menumpukan perhatian dan mata mengantuk. Akhirnya solat tarawih sambil mengantuk. Tepat sekali sabda Nabi bermaksud, “Tidak ada wadah yang lebih buruk untuk dipenuhi oleh manusia kecuali perutnya. Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika dia harus makan lebih daripada beberapa suap untuk menegakkan sulbinya tersebut, maka satu pertiga hendaknya untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk nafas/udara,” (HR. Ahmad)

Berkata Wahb bin Munabbih, “Tidak ada manusia yang lebih dicintai oleh syaitan selain orang yang gemar makan dan tidur.” Sufyan ats-Tsauri berkata, “Hendaknya kalian menyedikitkan makan maka kalian akan mudah solat malam.”

4. Jangan lupa bersiwak

Siwak merupakan sunnah Nabi SAW yang banyak ditinggalkan kaum muslimin , bahkan mereka yang mengaku sebagai aktivis Islam . Jika kita telaah kehidupan Nabi SAW maka kita dapati siwak adalah sunnah yang senantiasa baginda SAW lazimi baik di rumah, masjid atau bahkan ketika musafir.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan dari Rabb.” (HR Ahmad)

Dengan bersiwak mulut menjadi bersih dan tidak bau. Oleh kerana itu , siwak membantu kekhusyukan solat anda. Ketika kita khusyuk insya Allah Ta’ala kita tidak akan mudah letih.

 

Home

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: