3 Sifat Ahli Syurga, 5 Sifat Ahli Neraka
Peringatan nabi Muhammad s.a.w dala suatu khutbahnya tentang sifat ahli Syurga dan Neraka
أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ, وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ, وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ, قَالَ: وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ: الضَّعِيفُ الَّذِي لا زَبْرَ لَهُ, الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لا يَبْتَغُونَ أَهْلاً وَلا مَالاً, وَالْخَائِنُ الَّذِي لا يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلَّا خَانَهُ, وَرَجُلٌ لا يُصْبِحُ وَلا يُمْسِي إِلَّا وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ, وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ, وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ). . أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ(
Maksudnya : Ahli Syurga ada 3 golongan iatu
[1] Penguasa yang adil, bersedekah, dan berlaku jujur.
[2] Orang muslim yang menaruh belas kasihan dan lemah lembut kepada setiap kerabat dekat.
[3] Orang yang hidup dalam kekurangan harta benda dan banyak anaknya, akan tetapi ia selalu menjaga kesucian diri dari dosa.
Sementara penghuni neraka itu ada 5 golongan:
[1] Orang lemah yang tidak mempunyai amal kebajikan.
[2] Orang yang ikut-ikutan, tidak mahu mencari nafkah, dan tidak peduli kepada keluarganya.
[3] Pengkhianat yang tidak ada hal-hal sekecil apapun melainkan ia akan berkhianat terhadapnya.
[4] Orang yang sentiasa berbuat perancangan untuk mengganggu keluarga dan harta orang lain. (Selain itu baginda s.a.w juga menuturkan kekikiran dan kedustaan sebagai penyebab seseorang masuk neraka).
[5] Orang yang bermulut kotor dan selalu berbuat keji.