Hidangan tradisi hari raya baik untuk kesihatan


Menjadi kelaziman setiap kali hari raya pelbagai hidangan makanan tradisi antaranya lemang, dodol, wajik dan rendang, pasti menjadi pilihan setiap lapisan masyarakat.
Jika diamati, kebanyakan penyediaan makanan tradisi mengandungi santan dan minyak kelapa sekali gus membuatkan ramai bimbang untuk menikmatinya kerana dikatakan berlemak yang menyumbang kepada pelbagai penyakit.
Menurut Konsultan Perubatan Estetik Penuaan Sihat dan Perubatan Regeneratif, Dr Norman Mohd Norawi berkata, santan atau minyak kelapa selama ini disalahertikan sebagai minyak yang menyebabkan penyakit kerana mengandungi kandungan lemak tepu tinggi dan dikaitkan dengan masalah kolesterol.
“Minyak tepu jenis Medium Chain Triglyceride (MCT) seperti minyak kelapa atau santan sebenarnya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kajian terbaru menunjukkan bukan semua lemak tepu adalah sama dan berbahaya, lemak tepu mempunyai banyak pecahan dan jenisnya,” katanya kepada Bernama.
Jelas Dr Norman lagi, santan atau minyak kelapa mengandungi lemak tepu daripada jenis MCT yang terdiri daripada asid lemak laurik dan asid lemak miristik.
“Asid lemak laurik bersifat antikeradangan amat penting bagi mencegah masalah atherosclerosis (pengerasan saluran darah) yang menjadi punca kepada masalah penyakit kardiovaskular,” katanya.
MCT juga adalah suatu sumber tenaga segera amat baik yang akan dicernakan oleh usus dengan cepat selain dapat membekalkan tenaga segera.
“Ini akan menyebabkan paras insulin menjadi rendah, membantu menghilangkan masalah kebuncitan dan menurunkan berat badan kerana menyebabkan seseorang berasa kurang lapar,” katanya.
Pendapat sama turut disuarakan pakar kesihatan dan ahli sains terkemuka seperti Prof Philippe Legrand dan Dr Bruce Fife menerusi buku bertajuk ‘The Coconut Oil Miracle’.
Menurut Prof Philippe Legrand dari Perancis, bahan yang terdapat dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA), ia lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol.
Kedua-dua bahan itu juga mempunyai kesan positif lain seperti antikeradangan, antifungal, antivirus, antimikrobial dan antiprotozoa selain menjadi sebahagian diet sihat jika diambil secara sederhana.
Dr Norman berkata, kelebihan santan dan minyak kelapa turut terbukti menerusi laporan Philipine National Nutrition Survey (PNNS) pada 2003.
Kajian mendapati penduduk di Daerah Bicol yang mengambil kedua-dua bahan itu dalam makanan seharian mereka kurang menghadapi masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi, angin ahmar dan sakit jantung (angina) berbanding daerah lain di Filipina.
Satu kajian tempatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengkaji minyak kelapa dara yang dihasilkan Mardi turut menunjukkan minyak itu yang berasal daripada kelapa tidak menyebabkan peningkatan paras kolesterol ‘jahat’ malah ia meningkatkan paras kolesterol baik.
Berdasarkan itu juga, muncul produk Minyak Kelapa Dara (VCO) yang dipromosi sebagai minyak kesihatan. – Bernama
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,266 other followers

%d bloggers like this: