Aidilfitri: Pilih makan cara sihat


MAKAN secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa tidak kira ketika hari biasa, berpuasa, atau menyambut sesuatu perayaan. Makan secara sihat bermaksud mengambil makanan secara seimbang, sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

Piramid Makanan Malaysia mempunyai 4 aras dan terbahagi kepada 5 kumpulan makanan. Ia merangkumi makanan dari pelbagai sumber seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral selain lemak.

Ramai yang sukar untuk mengawal nafsu makan apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Amalan kunjung-mengunjung   serta rumah terbuka secara tidak langsung mendorong seseorang untuk makan berlebihan tanpa kawalan.

Amalan ini perlu diterapkan kepada semua ahli keluarga dan masyarakat agar kita dapat menyambut perayaan dengan sihat dan menggembirakan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan mesej utama 55555 untuk kekal sihat di hari raya.

55555 terdiri daripada:

Makan 5 kumpulan makanan setiap hari.
Piramid Makanan Malaysia terdiri daripada 5 kumpulan makanan;  iaitu:

Kumpulan 1: Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi-ubian
Kumpulan 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kumpulan 3: Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
Kumpulan 4: susu dan produk tenusu
Kumpulan 5: lemak, minyak, gula dan garam

Jadi kita perlu makan kelima-lima kumpulan makanan ini mengikut sajian yang betul setiap hari untuk mengekalkan berat badan yang normal.

Makan 5 sajian buah dan sayur setiap hari.
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan. Kita disarankan untuk mengambil 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari.

Contoh satu sajian buah ialah 1 biji epal, 1 potong betik, ½ biji jambu batu. Manakala contoh satu sajian sayur ialah 1 cawan ulam atau ½ cawan sayuran berdaun hijau yang dimasak.

Hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan.

Keperluan kalori yang diperlukan bagi seseorang individu normal adalah di antara 1500-2000 kalori. Jadi, hadkan setiap waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kepada 500 kalori sahaja setiap waktu.

Pengambilan kalori yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan berat badan terutama di hari raya yang mana kita menerima banyak undangan rumah terbuka.

Hadkan kepada 5g atau 1 sudu teh gula sahaja untuk minuman manis; kurang lebih baik.
Gula merupakan kumpulan makanan yang teratas di Piramid Makanan Malaysia iaitu yang perlu diambil sedikit sahaja.

Di musim perayaan, juadah yang dihidangkan kebanyakannya terdiri daripada makanan dan minuman yang manis seperti wajik, dodol, kuih raya, minuman berkarbonat dan macam-macam lagi.

Oleh itu, berhati-hati dengan pengambilan makanan di hari raya anda. Hadkan pengambilan gula dan susu pekat manis kepada 5g atau satu sudu teh sahaja dalam setiap minuman dan kurangkan pengambilan makanan yang manis.

Bersenam 5 kali seminggu.

Semua orang akan terfikir bagaimana untuk melakukan mesej yang kelima ini di musim perayaan kerana masing-masing sibuk dengan rumah terbuka, kunjung-mengunjung dan pelbagai aktiviti lagi.

Jadi, walaupun beraya, jangan lupakan aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk membakar kalori di hari raya. Contohnya, berjalan kaki ke masjid untuk sembahyang raya atau ke rumah saudara mara yang berhampiran, semasa melayan tetamu, cuba untuk berdiri kerana sekurang-kurangnya ini dapat membakar sedikit kalori anda.

Selain itu, cuba rajinkan diri anda untuk membantu tuan rumah dengan apa yang boleh dibantu seperti membasuh pinggan dan sebagainya. Anda juga boleh mencuri masa untuk bersenam di waktu pagi sebelum memulakan perjalanan mengunjungi sanak saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: